Pengetua Maahad Tahfiz dedahkan pada mahkamah Zahid tidak suka orang mengetahui ‘sedekahnya’

Bekas pengetua Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab, Melaka, memberitahu Mahkamah Tinggi Zahid Hamidi tidak suka namanya disebut atau dimaklumkan sebagai pemberi sumbangan kepada sekolah itu.

Azharizan Yaacob, 47, yang kini pengetua Maahad Tahfiz Al Quran Hamidiyah di Bagan Datuk berkata timbalan perdana menteri itu memberitahunya bahawa prinsip beliau (Zahid) adalah “apabila tangan kanan memberi, biarlah tangan kiri tidak mengetahui”.

“Tujuan Zahid membantu menaja kos operasi sekolah ini kerana saya mengetahui Zahid adalah seorang yang amat suka untuk menyumbang kepada jalan agama khususnya bagi tujuan masjid, surau dan pendidikan,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika membaca pernyataan saksinya pada perbicaraan Zahid yang diperintah membela diri atas 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi.

Azharizan berkata, beliau mengetahui bahawa pembinaan serta operasi sekolah swasta berbentuk aliran akademik dan agama itu dibiayai sepenuhnya oleh Zahid sendiri.

“Sepanjang sekolah beroperasi dari 2012, Zahid memperuntukkan hampir RM30 juta untuk membantu operasi sekolah tersebut dan ini tidak termasuk kos sumbangan bagi pembinaan sekolah berkenaan.

“Hampir setiap bulan Zahid akan mengeluarkan cek daripada Yayasan Akalbudi kepada Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab dengan bayaran dalam lingkungan RM170,000 ke RM200,000,” katanya dan menambah sekolah itu mula beroperasi pada 2012, namun siap sepenuhnya pada 2014.



Menurut saksi pembelaan ke-12 itu, wang bulanan disumbang Zahid digunakan untuk membayar bil sekolah, gaji tenaga pengajar, makanan untuk pelajar dan kos operasi sekolah yang lain.

Azharizan berkata, kos pengoperasian sekolah itu perlu ditanggung sendiri selain bergantung kepada yuran pelajar dan sumbangan diberikan Zahid sangat membantu dalam meneruskan operasi harian sekolah.lah diambil alih oleh syarikat Teknik Sempurna Sdn Bhd sehingga siap sepenuhnya pada 2014.

Menurut saksi itu, pengurusan sekolah berkenaan diambil alih oleh kerajaan negeri pada 2020 kerana akaun Yayasan Akalbudi dibekukan berkaitan pertuduhan terhadap Zahid di mahkamah.

“Sumbangan bantuan bulanan oleh Zahid tidak dapat diteruskan dan menyebabkan sekolah yang mempunyai kira-kira 350 pelajar itu kekurangan dana untuk meneruskan operasi,” katanya.



Menjawab soalan tambahan peguam Aiman Abdul Rahman, yang mewakili Zahid, Azharizan berkata ekoran pembekuan akaun itu, ibu bapa serta jemaah pengelola sekolah yang dipengerusikan oleh Zahid sepakat menaikkan yuran pengajian bulanan kepada RM700 daripada RM500 yang dikenakan pada 2017.

“Oleh sebab akaun Yayasan Akalbudi dibekukan, kami hilang sumber kewangan untuk menanggung operasi dan terpaksa melakukan pelbagai cara termasuk menaikkan yuran tahunan, mengurangkan gaji guru-guru, menutup penyaman udara dan menggantikan dengan kipas,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai cara dilakukan untuk meneruskan operasi sekolah termasuk berhutang bagi menampung kos RM350,000 sebulan manakala kos bagi pembelajaran dan asrama di sekolah itu adalah RM1,500 bagi setiap pelajar.

Selain itu, saksi berkata Zahid juga membuat pelbagai sumbangan untuk kerja amal jariah antaranya menaja pelajar untuk kursus A-Level di Help University sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajian di United Kingdom.



Menaja 12 guru Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab untuk menyambung pengajian peringkat sarjana di Universiti Putra Malaysia selain sumbangan RM12 juta bagi pembinaan Masjid Terapung di Melaka.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung Khamis ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri



Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin

Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker