Akaun bank Hamzah Zainudin dan keluarga dibekukan LHDN
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dilaporkan mengambil tindakan membekukan akaun bank milik seorang pemimpin pembangkang dan ahli keluarganya.
Sumber melalui laporan MK mengesahkan bahawa ahli politik tersebut adalah Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin.
Sumber itu juga berkata akaunnya dibekukan bermula hari ini.
Tindakan berkenaan dipercayai ada kaitan dengan siasatan berterusan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ahli politik berkenaan.
‘Sasaran politik’
Terdahulu hari ini, The Star memetik sumber yang tidak didedahkan berkata pembekuan akaun tersebut berlaku pada hari ini, namun laporan itu tidak menyatakan nama ahli politik itu secara khusus.
LHDN enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menjelaskan hanya pihak yang terlibat boleh mengesahkan pembekuan akaun berkenaan.
Pun begitu beberapa “sumber yang rapat dengan pemimpin” terbabit memberitahu The Star tindakan yang diambil ke atas tokoh politik pembangkang berkenaan memang benar.
“Ya, ia berlaku tetapi dia (ahli politik berkenaan) tidak terganggu dengan langkah tersebut.
“Saya pasti dia ada alternatif lain, sebab itu dia tidak bimbang mengenai pembekukan akaun tersebut,” dakwa sumber itu.
Sementara itu, Sinar Harian memetik sumber menyatakan ahli politik terbabit ialah Hamzah.
“Bukan sesuatu yang mengejutkan dan memang Hamzah menjadi sasaran politik,” kata sumber tersebut.
Pada Jun lalu pegawai LHDN menyerbu kediaman Hamzah di Kuala Lumpur dan sejumlah fail serta dokumen berkaitan akaun dan pemilikan asetnya dikatakan disita.
Awal bulan ini, Hamzah yang juga ketua pembangkang parlimen menghantar surat tuntutan kepada kerajaan dan Azam dengan menuduh mereka menyalahgunakan kuasa untuk mendakwanya atas jenayah yang tidak dilakukan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Siasat, jelas kepada umum ‘memo dalaman’ kes Najib, gesa Umno Pekan
- Lepuk kepala tanda kemesraan – Adun PAS
- Baru keluar penjara, dicekup cuba rogol nenek
- Sanusi 8, Amirudin 5
- Isteri lamar sahabat untuk suami
- Ketua Wanita dah bangkit, Ketua Pemuda bila lagi?
- Anwar perlu pertimbang lantik Johari sebagai Menteri Kewangan 2
- UMNO Negeri Sembilan dapat kurang dari 5 jawatan EXCO
- Pengetua Maahad Tahfiz dedahkan pada mahkamah Zahid tidak suka orang mengetahui ‘sedekahnya’
- ‘Panglimawati UMNO’ pertahan Zahid dari kritikan prestasi buruk BN
- Zahnita Wilson top model dulu sikit punya lawa, sekarang
- Fauziah jumpa baju penyondol
- Rumah berbumbung merah tak terbakar
- Saya tak halalkan dunia akhirat – Izzaidah Khairan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]