P Ramasamy bidas Jagdeep, TKM II hanya untuk masyarakat Tamil

Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramasamy, membidas dakwaan penggantinya yang menyifatkan, “rasis” mengkhaskan jawatan itu bagi orang Tamil sahaja.

Ramasamy, yang baru-baru ini keluar DAP berkata, ketua menteri sememangnya diterajui orang Cina daripada DAP, manakala timbalan ketua menteri (TKM) I dipegang orang Melayu daripada PKR.

“Adakah itu rasis?” soalnya.



Beliau terus mempertahankan jawatan TKM II sepatutnya dikhaskan kepada orang Tamil, selain menegaskan jawatan itu diwujudkan bagi “menghargai orang India yang berjuang untuk diri mereka” susulan perhimpunan Hindraf.

Beliau memberitahu FMT orang Tamil sepatutnya diiktiraf.

Terdahulu, Jagdeep Singh Deo, yang baru dilantik sebagai TKM II mahu “menyegarkan semula” jawatan itu dengan berkhidmat kepada semua, bukan hanya untuk masyarakat India dan kumpulan minoriti.

Jagdeep turut menolak tanggapan hanya orang Tamil boleh memegang jawatan itu, sambil menyifatkan ia “remeh dan rasis”.



Katanya, walaupun konsep peranan itu dibuat mendiang bapanya yang juga penyokong kuat DAP, Karpal Singh demi memperjuangkan kepentingan masyarakat India, ia “tidak pernah dikhaskan untuk orang Tamil saja”.

Bagaimanapun, Ramasamy berkata, Jagdeep tidak terlibat pada 2008 ketika jawatan tersebut diwujudkan apabila Karpal membangkitkan perkara itu, selebihnya ia hanya “imaginasi rekaan Jagdeep”.

“Saya memainkan peranan penting dalam pembentukan jawatan TKM II yang seterusnya diterima pakai oleh parti.”

Katanya, beliau berkhidmat kepada semua masyarakat ketika memegang jawatan itu selama tiga penggal, terutama melibatkan kumpulan rendah sosio-ekonominya, sambil menambah satu-satunya kekurangan dihadapinya adalah kelemahan hubungan keluarga “yang memainkan peranan sangat penting dalam DAP”.



“Jagdeep tidak sepatutnya diselubungi pemikiran saya hanya berkhidmat kepada orang India Tamil sahaja di Pulau Pinang dan bukan masyarakat lain. Saya juga boleh menuduh beliau dengan perkara sama.”

Ramasamy juga menolak dakwaan Jagdeep yang beliau turut ditakrif sebagai Hindu mengikut Ordinan Lembaga Wakaf Hindu 1906.

Beliau berkata, ordinan itu diwujudkan khusus untuk menguruskan hartanah milik Hindu, dan sebagai badan pentadbir bukannya merujuk agama.

“Kemasukan Sikhisme bukan menjadikan Sikh secara automatik ditakrif sebagai Hindu. Dua agama berkenaan adalah berbeza, seperti mana Islam berbeza dengan Kristian.



“Terlalu mudah bagi Jagdeep menggunakan ordinan itu dan menyatakan Sikh tidak berbeza dengan Hindu.”

P Ramasamy bidas Jagdeep, TKM II hanya untuk masyarakat Tamil

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sajat sekolahkan Abang Tesla, terkedu dibuatnya

Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah



10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]

Fasha Sandha galak bergoyang lepas ramping?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker