Adun Umno Melaka hadiri majlis pelancaran jentera PN
Bila UMNO nak ambil tindakan?
Adun Umno Melaka hadiri majlis pelancaran jentera PN
Adun Umno Melaka Muhammad Jailani Khamis dilaporkan hadir pada sebuah majlis berprofil tinggi Perikatan Nasional (PN) di Johor malam tadi.
Acara itu bagi menandakan bermulanya kempen PN bagi pilihan raya kecil (PRK) Simpang Jeram dan Pulai yang berlangsung pada 9 September ini.
Kehadiran Jailani, malam tadi diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan yang memaklumkan ada “rakan dari Melaka” yang menyertai mereka.
Menurut akhbar The Star, Jailani berkata dia hadir pada majlis itu bagi pihak Muafakat Nasional, sebuah NGO yang diterajui oleh bekas setiausaha agung BN Annuar Musa.
Annuar dipecat daripada Umno pada Disember tahun lalu kerana didakwa cuba menggugat parti itu. Susulan itu, dia mengasaskan Muafakat Nasional dan membawa masuk PAS bersama.
“Saya mewakili Annuar (di sini) kerana Muafakat Nasional berpegang teguh dengan kepercayaan kepada perpaduan ummah.
“Kebetulan, semangat yang sama dikongsi oleh PN. Kami percaya perpaduan ini tidak mati dan kami tidak bermusuhan dengan mana-mana parti politik,” katanya.
Jailani berkata kehadirannya pada majlis itu bukan bermakmna dia akan meninggalkan Umno.
“Bukan, kita cuma mahu perpaduan ini berterusan. Jika tidak melalui PAS, Umno dan Bersatu, maka melalui Muafakat Nasional sebagai NGO.
“Perlu ada ruang untuk parti Melayu duduk bersama dan bersatu,” katanya.
Tindakan Jailani itu dijangka akan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan kepimpinan Umno, yang berikrar akan menyokong usaha Pakatan Harapan untuk mempertahankan kedua-dua kerusi tersebut.
Jailani dilantik sebagai Adun Rembia pada 2018 atas tiket PKR sebelum berpaling tadah pada 2020. Dia menyertai Umno setahun kemudian.
Selepas dipilih semula semasa pilihan raya Dewan Undangan Negeri Melaka 2021 atas tiket BN, dia dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri ketua menteri ketika itu Sulaiman Md Ali.
Bagaimanapun, apabila Ab Rauf Yusoh mengambil alih jawatan ketua menteri pada Mac tahun ini, Jailani digugurkan.
Jailani mempertahankan kerusi Rembia pada 2021 dengan meraih 41.6 peratus undi. Pada Julai lalu, DUN Melaka meluluskan undang-undang antui lompat parti yang bertujuan mana-mana wakil rakyat daripada berpaling tadah. Mk
Adun Umno Melaka hadiri majlis pelancaran jentera PN
Baca Artikel Menarik:
- Siasat, jelas kepada umum ‘memo dalaman’ kes Najib, gesa Umno Pekan
- Lepuk kepala tanda kemesraan – Adun PAS
- Baru keluar penjara, dicekup cuba rogol nenek
- Sanusi 8, Amirudin 5
- Isteri lamar sahabat untuk suami
- Ketua Wanita dah bangkit, Ketua Pemuda bila lagi?
- Anwar perlu pertimbang lantik Johari sebagai Menteri Kewangan 2
- UMNO Negeri Sembilan dapat kurang dari 5 jawatan EXCO
- Pengetua Maahad Tahfiz dedahkan pada mahkamah Zahid tidak suka orang mengetahui ‘sedekahnya’
- ‘Panglimawati UMNO’ pertahan Zahid dari kritikan prestasi buruk BN
- Zahnita Wilson top model dulu sikit punya lawa, sekarang
- Fauziah jumpa baju penyondol
- Rumah berbumbung merah tak terbakar
- Saya tak halalkan dunia akhirat – Izzaidah Khairan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]