Mekah dilanda ribut, hujan lebat (Video)

Mekah dilanda ribut, hujan lebat (Video)

Jemaah dan penduduk di kota suci Makkah berebut-rebut mencari perlindungan ketika cuaca ganas melanda wilayah itu, pada petang Selasa.

Khaleej Times melaporkan amaran merah dikeluarkan di wilayah itu dan beberapa bahagian di Arab Saudi kerana keadaan cuaca tidak stabil itu.



Cuaca buruk itu dijangka berterusan hari ini, menurut nasihat yang dikeluarkan oleh Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi, pada pagi Rabu.

Video yang dikongsi di Instagram menunjukkan jemaah ‘melawan’ angin kencang di kota suci itu.

Mereka yang berada di jalanan dilihat berlari mencari perlindungan, manakala kakitangan di Masjidilharam terpaksa memegang tong sampah besar ketika angin kencang.

Dalam satu video yang dimuat naik di akaun X, Haramain, petir turut dirakamkan di kawasan Masjidilharam.



Selain itu, ada beberapa video menunjukkan suasana di Masjidilharam ketika hujan lebat dan angin kencang.

Video lain menunjukkan papan iklan (billboard) roboh dan banjir kilat melanda jalan raya.

Dalam pada itu, NCM Arab Saudi menyatakan hujan dan petir akan terus melanda wilayah Makkah sehingga Khamis.

“Penduduk digesa supaya lebih berhati-hati,” menurut kenyataan NCM. HM



Mekah dilanda ribut, hujan lebat (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sajat sekolahkan Abang Tesla, terkedu dibuatnya



Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah

10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]



Fasha Sandha galak bergoyang lepas ramping?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker