Isu Diva AA, ini kata Che Ta
Isu Diva AA, ini kata Che Ta
Pelakon jelita, Rozita Che Wan mengambil pendekatan untuk tidak memanjangkan isu dengan pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA kerana menganggap perkara itu terlalu remeh.
Enggan memanjangkan lagi kemelut yang tidak pernah berkesudahan, Rozita atau lebih mesra dengan sapaan, Che Ta menjelaskan pernah memaafkan pengacara itu sebelum ini.
“Saya rasa mungkin dia suka mendapat perhatian sebegini. Isu yang timbul ini adalah sampah! Jadi, saya membuat keputusan untuk mendiamkan diri saja kerana tidak mahu melayan lebih.
“Berdasarkan kes sebelum ini, dia menarik balik kes namun meminta saya tidak memaklumkan mengenai permintaannya itu. Jadi saya menghormati permintaannya dan saya senyap saja.
“Malah, apabila orang tanya mengenai kes itu, saya hanya berdiam diri kerana sudah berjanji. Oleh itu, saya tidak tahu kenapa dia masih mengeluarkan kenyataan sebegini selepas meminta maaf,” kata Che Ta kepada Harian Metro.
Baca Artikel Menarik:
Terdahulu, Diva AA memuat naik naik perkongsian berbentuk paparan di akaun Facebook yang mendakwa seorang pelakon yang sudah berusia berbulu mata lebat melakukan ilmu hitam terhadap dirinya.
Che Ta memuat naik paparan di Instagram dan meminta pendapat pengguna media sosial sama ada hendak mengambil tindakan undang-undang terhadap pengacara itu.
“Patut ke saya menyaman individu ini kerana sudah melampaui batas. Kes yang sebelum ini pun dia yang minta untuk menarik balik kes namun tiba-tiba dia kembali mencari pasal dengan saya,” tulisnya.
Bagaimanapun, Che Ta memilih untuk tidak melayan kontroversi remeh sebegitu dan memadamkan perkongsian yang dimuat naik olehnya.
Pertelingkahan antara bekas pengacara program hiburan Lagu Cinta Kita itu dengan Che Ta tercetus apabila Diva AA menegur cara berpakaiannya yang dianggap keterlaluan ketika mendapatkan suntikan vaksin dengan menggunakan kata-kata kesat dan kurang sopan dua tahun lalu.
Baca Artikel Menarik:
Isteri Rahim Sepahtu dedah detik dimadukan
Terkejut dilemparkan teguran sedemikian rupa oleh rakan dalam industri, Che Ta kemudiannya bertindak memulangkan paku buah keras dengan menempelak bahawa individu seperti Diva AA atau Azwan Ali tidak sepatutnya wujud di muka bumi.
Menerusi laporan polis yang dibuat, Diva AA menyifatkan kenyataan yang ditujukan kepadanya adalah berunsur fitnah sehingga merosakkan reputasinya sebagai seorang penggiat seni. HM
Isu Diva AA, ini kata Che Ta
Baca Artikel Menarik:
Sharifah Sakinah sedang bercinta dengan lelaki berpengaruh besar
- Siasat, jelas kepada umum ‘memo dalaman’ kes Najib, gesa Umno Pekan
- Lepuk kepala tanda kemesraan – Adun PAS
- Baru keluar penjara, dicekup cuba rogol nenek
- Sanusi 8, Amirudin 5
- Isteri lamar sahabat untuk suami
- Ketua Wanita dah bangkit, Ketua Pemuda bila lagi?
- Anwar perlu pertimbang lantik Johari sebagai Menteri Kewangan 2
- UMNO Negeri Sembilan dapat kurang dari 5 jawatan EXCO
- Pengetua Maahad Tahfiz dedahkan pada mahkamah Zahid tidak suka orang mengetahui ‘sedekahnya’
- ‘Panglimawati UMNO’ pertahan Zahid dari kritikan prestasi buruk BN
- Zahnita Wilson top model dulu sikit punya lawa, sekarang
- Fauziah jumpa baju penyondol
- Rumah berbumbung merah tak terbakar
- Saya tak halalkan dunia akhirat – Izzaidah Khairan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]