Rosyam Nor tanam rambut rupanya

Rosyam Nor tanam rambut rupanya

Pelakon, Datuk Rosyam Nor menolak dakwaan kononnya beliau melakukan pembedahan plastik dan suntikan botoks untuk kelihatan muda berbanding usianya.

Kata Rosyam, kaedah-kaedah tersebut, yang dianggap normal pada zaman sekarang, hanya akan memberi kesan negatif kepada mutu lakonannya.



“Saya tak perlu buat semua itu waima cucuk botoks sekalipun. Ia menghalang seorang pelakon menunjukkan reaksi muka ketika berlakon.

“Lagipun tindakan seperti itu ditegah dalam agama. Jadi, saya tak mahu buat sesuatu yang dilarang Islam.

“Biarlah wajah saya menampakkan kedut dan berusia,” katanya ketika ditemui sempena majlis Meet & Greet Usanita baru-baru ini.

Rosyam bagaimanapun mengakui ada menjalani rawatan untuk melebatkan rambutnya.



“Sebanyak 9000 helai semuanya menggunakan teknologi terkini. Selain itu saya hanya jaga pemakanan dan amalkan produk durian belanda untuk kekal sihat.

“Alhamdulillah pada usia 56 tahun saya mampu bergiat aktif, melakonkan babak aksi dan pergi ke lokasi penggambaran tanpa khidmat pembantu dan pemandu peribadi,” kongsinya. Utusan

Rosyam Nor tanam rambut rupanya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ubai beli motosikal guna duit Shila Amzah?

Fara Fauzana, Fizi bercinta?



Isu Diva AA, ini kata Che Ta

Mekah dilanda ribut, hujan lebat (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker