Suami Nad Zainal bersuara

Suami Nad Zainal bersuara

“Catatan kecil untukmu yang jadi korban para penggosip”.

Ini yang dimuat naik pelakon yang juga suami kepada Nad Zainal iaitu Ungku Ismail di Instagram Story, semalam.



Dalam hantaran itu, Ungku Ismail menitip nasihat buat individu yang dilabel sebagai korban ‘para penggosip’ tanpa meninggalkan sebarang kapsyen dan memetik mana-mana nama individu.

Walaupun tidak menujukannya secara terbuka kepada Nad, namun perkongsian itu seakan-akan bertepatan dengan situasi melanda Nad ketika ini yang menjadi bualan hangat selepas beberapa rakan artis memberi komen sinikal apabila diajukan sama ada mereka bermasam muka.

Sebelum ini, Nad menyatakan bahawa dia tidak kisah jika kehilangan rakan dan kata-katanya itu seperti menyinggung perasaan beberapa rakan artis seperti Nabila Huda dan Sharifah Sakinah.

Nabila dan Sakinah turut memberi bayangan mereka seolah-olah tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan Nad.



Terdahulu, Nad memaklumkan enggan mengambil kisah dan mengusutkan pemikirannya dengan isu remeh seperti pergaduhan dalam persahabatan.

Malah, dia yang kini hamil trimester ketiga ketika ini adalah untuk memberi keutamaan kepada suami dan anak-anak termasuk bayi yang bakal dilahirkan Oktober depan.

Spekulasi bermasam muka itu mula bertebaran selepas Nad pulih daripada koma akibat pendarahan dalam paru-paru sebelum mendirikan perkahwinan kali kedua dengan Ungku Ismail, Januari lalu.

Selain Nabila dan Sakinah, antara nama rakan selebriti lain yang terkait dalam isu ini ialah Sherry Alhadad dan Marsha Milan. HM



Suami Nad Zainal bersuara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ubai beli motosikal guna duit Shila Amzah?



Fara Fauzana, Fizi bercinta?

Isu Diva AA, ini kata Che Ta



Mekah dilanda ribut, hujan lebat (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker