Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan

Tindakan pelakon Nabila Huda meninggalkan komen pada sebuah video temu bual aktres Nad Zainal telah mencuri perhatian netizen, baru-baru ini. Bukan itu sahaja, Nabila turut menegaskan dia sama sekali tidak pernah kenal dengan aktres Nad Zainal yang dulu pernah menjadi kawan rapat.

Berikutan daripada isu tersebut, pihak OB telah menemu bual rakan baik pelakon tersebut iaitu penyanyi, Marsha Milan bagi mendapatkan kenyataan balas.



Menurut Marsha, dia enggan mengulas lebih lanjut berhubung isu yang sedang viral. Tambahnya, dia memilih untuk berdiam buat masa ini.

Maaf. Walaupun saya tahu tentang isu ini, saya pilih untuk berdiam. Harap maklum.

Sebelum ini, pelantun suara ‘Kembali Terang’ ini mengakui bahawa dia terbayang wajah sahabat baiknya, Nad Zainal ketika bertanding di Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM 37) yang lalu. Menurut Marsha, dia hampir mengalirkan air mata tatkala berkongsi momen sedih sewaktu dirinya melawat Nad Zainal di hospital.

Tambah Marsha, dia belum mempunyai masa untuk bertemu dengan Nad Zainal selepas pelakon tersebut kembali sihat dan mendirikan rumah tangga. Ujar Marsha, kali terakhir dia berjumpa dengan Nad ketika pelakon ‘Cina Buta’ itu berada di Unit Rawatan Rapi. Pada masa tersebut, Nad tidak sedarkan diri.



Saya tak jumpa dia sejak dia sedar dari hospital sehinggalah sudah berkahwin. Kami tak sempat jumpa. Saya gembira dia dah bahagia. Kami masih berhubung. Plan nak jumpa dah 5 tahun tapi tak jumpa-jumpa.

Menerusi pemerhatian pihak OB, Marsha dan Nad Zainal masih ‘follow’ antara satu sama lain di Instagram. OB

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ubai beli motosikal guna duit Shila Amzah?

Fara Fauzana, Fizi bercinta?



Isu Diva AA, ini kata Che Ta

Mekah dilanda ribut, hujan lebat (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker