Syafiq Kyle dah nikah April lalu?

Syafiq Kyle dah nikah April lalu?

Jangan maki dahulu, ‘Syafiq Kyle’ yang ada dalam cerita ini sebenarnya seorang jejaka mirip pelakon itu yang pernah tular suatu ketika dahulu.

Dikatakan memiliki wajah persis pelakon sensasi Syafiq Kyle, Zukhairi Zulkifli pernah menjadi kegilaan ramai gadis dan dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan pada 29 April lalu.



Menemui isteri Zukhairi, Aifa,22, berkata dia tidak pernah menyangka akan bertemu jodoh dengan jejaka ‘viral’ dan mengakui pernah mengalah ketika dalam usaha menambat hati jejaka itu.

Suami saya ni pernah viral dulu sebab wajahnya dikatakan sama macam Syafiq Kyle. Orang panggil dia Syafiq Kyle Cabang Tiga disebabkan dia kerja dekat stesen minyak Shell di Terengganu.

Saya mengenali suami masa bulan Ramadan 2017 sewaktu balik dari bazar. Masa tu motosikal saya kehabisan minyak. Saya buntu nak isi minyak sebab semua stesen tutup kerana dah hampir waktu berbuka puasa.

Kebetulan, Aifa bertemu suaminya di tengah jalan dan menawar diri untuk membuka stesen minyak untuk seketika.



Memikirkan suaminya mula menjadi viral gara-gara wajah seiras dengan pelakon Syafiq Kyle, Aifa kemudiannya mendiamkan diri tanpa berusaha mendekati Zukhairi kerana terlalu banyak peminat wanita cuba untuk mengenali suaminya pada ketika itu.

Saya bawa diri sebab dah malas nak kejar dia. Ramai sangat wanita yang mendekati pada ketika itu. Tapi lepas tu dia hantar mesej dekat Instagram tanya kenapa lama menghilang. Selepas itu kami berbual semula dan hubungan kami menjadi bertambah rapat.

Setelah mengenali hati budi masing-masing, Aifa dan Zukhairi mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga awal tahun ini.



Syukur dan gembira sangat akhirnya saya dapat berkahwin dengan crush pada tahun ini. Masa saya kahwin tu ramai kawan terkejut tengok dia sebab tak pernah jumpa. Mereka ingat Syafiq Kyle yang kahwin.

Syafiq Kyle dah nikah April lalu?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ubai beli motosikal guna duit Shila Amzah?

Fara Fauzana, Fizi bercinta?



Isu Diva AA, ini kata Che Ta

Mekah dilanda ribut, hujan lebat (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker