Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

PELAKON Sharifah Sakinah menyifatkan penjelasan Nad Zainal berkenaan kontroversi bermasam muka dengan rakan artis selain tidak kisah hilang dari radar sebagai kenyataan palsu.

Malah, Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired,34, turut menganggap aktres itu sebagai narsisistik kerana tidak sedar dengan apa yang dikatakan.



“Berkata-katalah dari hati, berpijaklah di bumi yang nyata.

“Fikiran narsisistik kamu, kata-kata palsu dan penafian akan jadi takdir kamu,” tulisnya.

Sakinah meluahkan perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Menerusi entri sama, Sakinah turut berkongsi tangkap layar mengenai doa-doanya kepada Nad yang ketika itu sedang bertarung nyawa disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru sekitar Disember lalu.



“Dah boleh padam kot hantaran ini. Saya jumpa awak di alam lain, di situ tiada radar,” ujarnya.

Menerusi pemerhatian URTV di ruangan komen, rata-rata peminat melahirkan rasa sedih mengenai konflik yang sedang di alami rakan selebriti tersebut.

Sakinah memberi respon terhadap Nad yang ditemu bual oleh pihak media yang bertanyakan tentang kontroversi bermasam muka dengan rakan selebriti.

Kata Nad, dia tidak mahu memberi fokus kepada sesiapa yang hilang dari ‘radar’ kerana menganggap ia bersifat ‘high school’ untuknya.



Sebelum ini, rakan-rakan artis telah melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal bagi membantu keluarga aktres itu membiaya kos rawatan di hospital sepanjang dirinya di rawat. Utv

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ubai beli motosikal guna duit Shila Amzah?

Fara Fauzana, Fizi bercinta?



Isu Diva AA, ini kata Che Ta

Mekah dilanda ribut, hujan lebat (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker