Kalau macam ini pemikirannya, carilah pengganti lain – Akmal

Kalau macam ini pemikirannya, carilah pengganti lain – Akmal

DAP diminta mencari ahli Parlimen lain untuk menggantikan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan selepas Nga Kor Ming menyifatkan penggunaan logo parti itu pada replika cek sumbangan kerajaan sebagai bukan isu.

Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh menyifatkan kenyataan balas Naib Presiden DAP itu menunjukkan Kor Ming tidak layak menyandang jawatan menteri.



“Kalau macam inilah pemikirannya, saya rasa YB Menteri tidak layak jadi menteri. Mohon Anthony Loke (Setiausaha Agung DAP) untuk cari Ahli Parlimen DAP yang jauh lebih baik daripada pemikiran Nga Kor Ming,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Beliau mengulas respons Kor Ming semalam selepas dipersoalkan menggunakan logo DAP pada replika cek untuk sumbangan kepada beberapa buah sekolah di Perak, baru-baru ini.

Tegas Akmal, apa pun jawapan yang diberikan, Kor Ming tidak sewajarnya mencampurkan unsur politik dalam agihan peruntukan Kerajaan Persekutuan.

“Mencampuradukkan penglibatan parti politik dalam pengurusan atau pengagihan dana milik kerajaan secara moralnya adalah salah dan sepatutnya dielakkan,” tambah beliau.



Isu ini menjadi kritikan banyak pihak selepas sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan sejumlah peruntukan diberikan kepada beberapa buah sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina.

Sumbangan berkenaan diserahkan kepada sekeolah-sekolah terbabit melalui replika cek yang terdapat logo DAP di sebelah Jata Negara. MG

Kalau macam ini pemikirannya, carilah pengganti lain – Akmal

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ubai beli motosikal guna duit Shila Amzah?

Fara Fauzana, Fizi bercinta?



Isu Diva AA, ini kata Che Ta

Mekah dilanda ribut, hujan lebat (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker