Puteri Sarah Tegaskan Wanita Perlu Ada Ilmu, Ketahui Hak Sendiri [VIDEO]

‘Saya Harap Dapat Membuka Mata Yang Lain’

Puteri Sarah Tegaskan Wanita Perlu Ada Ilmu, Ketahui Hak Sendiri [VIDEO]

 

Pelakon, Puteri Sarah Liyana menegaskan kepentingan buat golongan wanita untuk sentiasa penuhi kehidupan dengan ilmu baru.

Wanita berilmu

@studiosembang

wow maknanya memang ramai lah yang follow story Puteri Sarah Liyana ek? kalau camtu korang kena dengar episode ni jugak kat @YouTube @Spotify @Apple Podcasts tau! #jomsembang #studiosembang

♬ original sound – Studio Sembang – Studio Sembang

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 41, berkongsi pengalamannya menguruskan rumah tangga yang disifatkan gagal.

Tambah Puteri Sarah, segala yang dilakukan adalah atas usaha sendiri sekali gus berharap agar tindakannya membuka mata para wanita di luar sana.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal


Perempuan kena ada ilmu. Kena banyak membaca.

Setiap langkah yang saya buat sebelum ini, saya betul-betul belajar dan fikir dengan peguam saya.

Saya harap dengan apa yang saya buat ini dapat membuka mata para wanita.

Selain itu, bekas isteri pengarah dan pelakon Syamsul Yusof memaklumkan kes rumah tangganya dijadikan bahan perbincangan pelajar universiti susulan langkah yang dibuat untuk mendapatkan hak secara adil.

Ada individu beritahu, kisah saya dijadikan sebagai thesis di universiti mereka.

Apa saya punya langkah untuk pemberdayaan wanita (women empowerment).

Sebenarnya tiada siapa yang ajar. Saya belajar sendiri. Tanya orang sana sini.

Anda semua kena tahu hak sendiri. Ini adalah kehidupan awak.

Sumber: Tiktok @Studio Sembang

Puteri Sarah Tegaskan Wanita Perlu Ada Ilmu, Ketahui Hak Sendiri [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker