[VIDEO] “Samaa Siakk..” Danial Zain Lawak Solo Tiru Suara ‘Shark’, Nasihat Ringkasnya Curi Perhatian Dan Padu..

Danial Zain seorang penghibur yang boleh dikatakan memiliki bakat luar biasa apabila dia mampu meniru suara selebriti terkenal tanah air. Bukan sahaja boleh menjadi pelawak, pelakon dan menyanyi, Danial Zain turut sinonim dengan karakter ‘Shark’ dalam KL Gangster kerana kebolehannya meniru suara watak tersebut.

Dalam filem tersebut, karakter itu dibintangi oleh Syamsul Yusof. Menerusi perkongsian video terbaharu di Instagram Meletop baru-baru ini, kelihatan Danial Zain tiru suara Shark dengan menggunakan skripnya tersendiri. Dalam video itu, seorang peminat telah meminta Danial untuk meniru suara Shark dalam KL Gangster.



Kedengaran Danial Zain bercakap menggunakan suara tersebut. “Gua sekarang sudah malas mau cakap lu tau ka?…” ujar Danial Zain. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah nasihat ringkasnya di penghujung video tersebut. Berikut adalah video Danial Zain tiru suara Shark dalam KL Gangster ini:
VIDEO DIBAWAH:-
[KGVID]https://videos.files.wordpress.com/Pc45VtsK/danial-zain-tiru-suara-e28098shark-nasihat-ringkasnya-curi-perhatian-dan-padu_hd.mp4[/KGVID]

Pergh, memang dengar sama habis! Ayat akhirnya, “selagi lu nama manusia, lu mesti scan itu mySejahtera la…” memang ‘makan dalam’ habis! Video ini telah meraih lebih 235 ribu tontonan dan 35 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

Gelak oiii dengar, lu kompom masuk syurga ka

Danial Zain Tiru Suara 3Hahaha sama siakk

Danial Zain Tiru Suara 2Dalam masa yang sama dia memberi ayat yang dalam

Danial Zain Tiru Suara 1

Kredit: HCL

Keluar watak SHARK KL Gangster, Syamsul Yusof amuk netizen yang ugut ‘Family’ [ VIDEO ]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker