Keluar watak SHARK KL Gangster, Syamsul Yusof amuk netizen yang ugut ‘Family’ [ VIDEO ]

Walaupun sedang berhadapan dengan kemelut rumah tangga, pengarah filem Syamsul Yusof tetap memainkan peranan dalam memastikan keselamatan isteri dan anak-anaknya terjaga.

Buat laporan polis demi keselamatan keluarga

Hal ini susulan daripada tindakan dia yang membuat laporan polis terhadap individu yang didakwa mengugut dan cuba melakukan perkara tidak baik kepada anak-anak dan isterinya menerusi kiriman mesej yang diperoleh dari sosial media.

 

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=ZhP0yCXrTYE[/embedyt]

Skrip macam KL Gangster bang. Gerun dengar!

Video Syamsul yang berang selain mendedahkan isi mesej tersebut kepada pihak media telah menjadi perbualan hangat netizen kerana tidak jauh dengan watak yang pernah dibawa iaitu ‘Shark’ dalam filem KL Gangster.

Masing-masing mengakui bahawa tindakan tegas Syamsul itu sememangnya wajar kerana individu yang mengugut keluarganya itu sangat keterlaluan.

Lu mana mau lari haaa

Ustaz Adam & Shark bergabung

Semoga Allah menjaga family kau bro

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen turut sama berang dengan mesej tersebut kerana dilihat sangat keterlaluan berikutan artis juga manusia biasa yang tak lari daripada masalah.

Semoga pelaku ditangkap

Bertabah bro, kuatkan semangat

Terdahulu, Syamsul telah memberi amaran kepada individu-individu yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada dirinya dan keluarga ketika isu pergolakkan rumah tangga menjadi tular.

Tindakan melampau sesetengah netizen ini membuatkan dia mengambil keputusan untuk melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa agar pelaku dapat dikenakan tindakan.

Sumber: Twitter Syamsul Yusof

Kredit : OhMyMedia

ADAKAH SYAMSUL YUSOF DAN ISTERI DALAM KRISIS?? INI JAWAPAN ISTERI SYAMSUL

‘See You In Court Bro!’ – Difitnah Curang, Syamsul Yusof Bakal Saman Youtubers [ VIDEO ]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker