Ini senarai sektor perniagaan dibenarkan beroperasi sepanjang PKP

PETALING JAYA: Berikut adalah sektor dan perkhidmatan yang dikategorikan sebagai sektor ekonomi penting dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

1. Pengilangan dan Pembuatan

  • Aeroangkasa termasuk MRO.
  • Pengilangan dan Perkhidmatan Lepas Jualan Automotif.
  • Makanan, minuman dan rantaiannya.
  • Pembungkusan dan percetakan.
  • Produk barangan rumah, barang penjagaan diri (FMCG – sabun, pembersih diri dan lain-lain) dan bahan pencuci termasuk rantaiannya.
  • Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet.
  • Peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan peralatan keselamatan kebakaran.
  • Komponen untuk alat perubatan.
  • Elektrikal dan elektronik.
  • Minyak dan gas (Oil and Gas).
  • Petrokimia dan produk petrokimia.
  • Produk kimia.
  • Mesin dan peralatan.
  • Seramik (seramik sebagai acuan bagi pembuatan sarung tangan).
  • Besi dan keluli.
  • Tekstil (yang melibatkan pengeluaran PPE).
  • Sektor perabot.
  • Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir.

2. Pembinaan

  • Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal.
  • Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama.
  • Kerja-kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang lengkap di tapak bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).

3. Perkhidmatan

  • Perkhidmatan Kewangan dan rantaiannya.
  • Institusi Kewangan (Perbankan, Insurans, Takaful dan entiti entiti lain yang dilesen, diilulus atau didaftar oleh Bank Negara Malaysia).
  • Entiti-entiti pasaran modal yang dilesen, didaftar atau dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
  • Perkhidmatan perbandaran dan kerajaan tempatan.
  • Pajak gadai/kredit komuniti (syarikat peminjam wang berlesen).
  • Pengurusan sisa pepejal/ pembetungan.
  • Pembersihan awam.
  • Pembersihan premis dan sanitasi.
  • Infrastuktur telekomunikasi dan digital termasuk perkhidmatan ICT dan perkhidmatan perniagaan global (GBS).
  • E-Dagang dan rantaiannya termasuk perkhidmatan e-marketplace, pembayaran digital dan pusat internet e-dagang setempat.
  • Hotel dan penginapan.
  • Sektor pertanian, perikanan dan penternakan termasuk perkhidmatan veterinar.
  • Utiliti (air dan tenaga).
  • Perkhidmatan profesional (termasuk akauntan/ peguam/ auditor/ jurutera/ arkitek), saintifik (termasuk R&D) dan teknikal (termasuk penyenggaraan).
  • Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Security Services).
  • Keselamatan dan Pertahanan.
  • Pengangkutan melalui darat, air dan udara.
  • Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan dan pemindahan kargo, pemaliman, penyimpanan atau pemukalan komoditi.

4. Perdagangan Pengedaran

  • Penggudangan dan Logistik.
  • Perkhidmatan/ Penjualan/ Penghantaran Makanan dan Minuman.
  • Peruncitan/ Pengedaran/ Pemborongan

5. Perladangan dan Komoditi

  • Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya.
  • Perladangan dan komoditi serta rantaiannya.

6. Lain-lain

  • Apa-apa perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kesihatan selepas berunding dengan pihak berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan itu.

Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali dalam kenyataan itu berkata, syarikat-syarikat yang telah berdaftar dengan pangkalan data MITI iaitu Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) tidak perlu membuat pendaftaran semula untuk beroperasi dalam tempoh PKP.

“Syarikat-syarikat yang berkenaan hanya perlu memuat turun surat notifikasi pengesahan pendaftaran yang boleh dimuat turun mulai hari ini, 12 Januari 2021 bermula jam 3 petang,” katanya.

Syarikat-syarikat sektor pengilangan dan pembuatan dalam perkhidmatan perlu yang belum berdaftar dengan CIMS boleh berbuat demikian di pautan https://notification.miti.gov.my mulai jam 3 petang, 12 Jan 2021.

Surat notifikasi pengesahan pendaftaran boleh dimuat turun oleh syarikat selepas pendaftaran.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker