COVID-19: 6849 kes baru hari ini



Sebaran :


Malaysia merekodkan kes harian COVID-19 melebihi 6,000 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, daripada 6,849 jangkitan baharu COVID-19 hari ini, sebanyak 2,558 kes dilaporkan di Selangor.

Kuala Lumpur pula mencatat 884 kes diikuti Sarawak (699), Negeri Sembilan (685) dan Johor (426).



an Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di twitter memaklumkan ia merangkumi 53,876 ujian PCR dan 38,544 RTK-Ag.

“Dimaklumkan untuk tanda aras ujian COVID-19, pihak WHO menetapkan ujian yang memadai adalah bagi setiap kes positif sekurang-kurangnya 10 kes negatif dan sebaik-baiknya 30 kes negatif,” katanya.

Selain itu, jumlah sampel ujian COVID-19 dalam tempoh 14 hari lepas yang direkodkan oleh Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA) ialah, 54,153 PCR dan 42,873 RTK-Ag pada 9 Jun, manakala pada 8 Jun ialah 46,189 PCR dan 45,570 RTK-Ag.



Pada 7 Jun pula mencatatkan 45,207 PCR dan 34,518 RTK-Ag; 6 Jun (51,845 PCR dan 34,858 RTK-Ag); 5 Jun (59,111 PCR dan 39,257 RTK-Ag); 4 Jun (67,489 PCR dan 42,734 RTK-Ag); 3 Jun (65,186 PCR dan 47,828 RTK-Ag).

Selain itu pada 2 Jun (66,532 PCR dan 49,411 RTK-Ag); 1 Jun (67,801 PCR dan 45,520 RTK-Ag); 31 Mei (58,303 PCR dan 48,585 RTK-Ag); 30 Mei (61,653 PCR dan 34,290 RTK-Ag); 29 Mei (72,558 PCR dan 39,167 RTK-Ag); serta 28 Mei (78,664 PCR dan 46,768 RTK-Ag).

Berita lanjut menyusul



COVID-19: 6849 kes baru hari ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Diva AA Balun Abangnya Makan Maggie Kosong -‘3 Bulan Potong Gaji Dah MENGGELUPUR!’


Sebaran :


Leave a Reply