Acara Thai Hot Guy tiada lesen, DBKL diarah ambil tindakan – pegawai Anwar

Acara Thai Hot Guy tiada lesen, DBKL diarah ambil tindakan – pegawai Anwar

Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) dalam proses semakan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan jika terdapat pelanggaran peraturan dan syarat oleh penganjur acara kontroversi melibatkan “Thai Hot Guy”.

Setiausaha politik perdana menteri Azman Abidin berkata siasatan awal DBKL mendapati lesen restoran syarikat itu tamat dua tahun lalu.



“Premis itu juga tidak mempunyai lesen hiburan dan juga tiada sebarang permohonan lesen hiburan atau permohonan untuk menjalankan aktiviti hiburan,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Pejabat Setiausaha Politik Perdana Menteri menerima laporan berkenaan acara anjuran Privacy Club di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 30 Mac ini.

UMNO pagi ini menggesa pihak berkuasa terutamanya DBKL menimbang semula kebenaran untuk acara pembukaan sebuah kelab malam pada 30 Mac ini.

Acara itu antara lain menampilkan lelaki sasa Thai berpakaian dalam wanita yang digelar sebagai Thai Hot Guy.



UMNO membantah penganjuran acara lelaki berotot memakai skrit dan berpakaian dalam wanita ‘Thai Hot Guy’ yang dijadual berlangsung di sebuah kelab di ibu negara pada 30 Mac ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mendesak supaya pihak penganjur membatalkan program berkenaan yang disifatkan sebagai tidak menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia. Mk

Acara Thai Hot Guy tiada lesen, DBKL diarah ambil tindakan – pegawai Anwar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Farid Kamil tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah?

Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik



Mahathir terus-menerus tibai Anwar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker