Polis tolak teori konspirasi Chegubard

Siasatan Jom Ziarah Gereja

Polis tolak teori konspirasi Chegubard

Polis hari ini menolak teori konspirasi oleh pemimpin Bersatu, Chegubard, yang mendakwa terdapat cubaan untuk “melindung” Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dalam siasatan berhubung program ‘Jom Ziarah Gereja’.

Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai memberitau Malaysiakini, pihaknya menjalankan siasatan secara adil dan dan saksama tanpa mengira bangsa.

Kenyataan itu merujuk kepada dakwaan Chegubard, atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, yang menimbulkan tentang kaum pegawai polis yang mengambil keterangannya dan Yeoh.

“Salah itu. Secara kebetulan sahaja. Penyiasatan polis adalah adil dan saksama tak kira apa bangsa seseorang pegawai penyiasat dan pengadu.

“Kita ada pegawai penyiasat kanan, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah dan Ketua Polis Daerah yang majoritinya kaum Melayu untuk memantau proses siasatan,” kata Beh ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Semalam, Badrul Hisham memberitahu pemberita di luar ibu pejabat polis Sentul bahawa wujudnya konspirasi untuk melindungi menteri tersebut.

Dia berkata, ini berdasarkan kaum pegawai polis yang mengambil keterangannya dan menteri itu.

Katanya, laporan polis Yeoh terhadapnya diserahkan kepada seorang inspektor Cina, manakala laporannya terhadap Yeoh diberi kepada inspektor India.

“Tak mungkin a satu kebetulan yang kedua-dua pegawai polis ini bukan beragama Islam.

“Tidak mungkin secara kebetulan kedua-dua pegawai itu bukan Islam.

“Namun saya yakin ia bukan keputusan polis sebaliknya tekanan dari pihak atasan,” kata aktivis Bersatu itu.

Badrul sebelum ini menuduh Yeoh menjalankan program Kristian evangelis menerusi acara ‘Jom Ziarah Gereja’.

Acara itu adalah sebahagian daripada program kunjungan golongan muda ke rumah ibadat pelbagai agama untuk memupuk pemahaman mereka berkenaan agama lain.

Yeoh menafikan dakwaan unsur Kristian evangelis dan membuat laporan polis terhadap Badrul.

Dia juga menjelaskan golongan muda bukan Islam juga terlibat dalam program ‘Jom Ziarah’, antaranya ke masjid.

Lawatan ke gereja yang dirancang – yang sepatutnya berlaku hujung minggu lalu – kemudiannya dibatalkan. Mk

Polis tolak teori konspirasi Chegubard

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok

Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker