Najib sindir Mahathir diktator yang suka gelar orang lain sebagai diktator

Najib sindir Mahathir diktator yang suka gelar orang lain sebagai diktator

Mr ISA gelar orang lain diktator.

Sekat dia dan keluarganya dari keluar negara sebelum ada apa-apa dakwaan.



Letak roadblock kat depan lorong ke rumah dia.

Tunggu sampai malam sebelum Ramadan.

Suruh media datang saksikan dan buat live coverage.

Geledah rumahnya untuk beberapa hari.



Tukar Peguam Negara, tukar ketua MACC, tukar Ketua Hakim negara, tukar Gabenor BNM , tukar Ketua polis.

Lepas itu, beku semua akaun-akaun bank dia dan keluarga dia termasuk cucu-cicit.

Beku juga akaun-akaun bank parti dia.

Fail saman lucut hak ke atas harta-hartanya dan rampas dulu, bicara kemudian.



Kenakan dia, semua ahli-ahli keluarga dia dan peguam-peguam dia dengan berpuluh-puluh tuduhan tak masuk akal termasuk tuntutan LHDN.

Jika dia ambil cuti MC sehari, tahan doktor dia untuk disoal siasat.

Buat seperti apa yang Mahathir pernah buat pada Najib dan keluarganya.

Baru layak digelar diktator.



Pentadbir akaun FB bekas perdana menteri itu dipercayai mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim diktator apabila mendakwa perdana menteri itu menyekat kebebasan umum bersuara.

Dalam kiriman terbaru di FB Najib, pentadbir akaun itu menyebut; “Tak tunggu lama selepas PRU14, polis di bawah kerajaan Mahathir dan Muhyiddin sebagai Menteri KDN sekat dan check siapa yang keluar masuk ke rumah Najib.

Pondok sementara diletakkan di jalan masuk lorong ke rumah Najib yang terletak di hujung lorong. Bukannya untuk jaga keselamatan, tetapi tapis siapa yang boleh keluar masuk.

Semua pelawat yang masuk atau keluar lorong tersebut perlu serah MyKad untuk daftar dengan polis.



Keadaan ini diteruskan bagi tempoh sekitar sebulan.

Tujuannya ialah untuk tidak menggalakkan kawan-kawan dan saudaranya untuk melawat Najib ketika itu. Pada masa itu semua jadi takut untuk datang jumpa Najib. BH

Najib sindir Mahathir diktator yang suka gelar orang lain sebagai diktator

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok

Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker