Pelawak Indonesia ‘diserang’ peminat Jennie Blackpink kerana kritik persembahan

Seorang pelawak Indonesia menjadi mangsa kecaman peminat fanatik Jennie daripada kumpulan K-Pop terkenal, Blackpink selepas mengkritik penyanyi itu yang dikatakan kelihatan kurang bersemangat ketika mengadakan konsert di Jakarta minggu lalu, lapor laman berita Suara.com semalam.

Kiky Saputri, ‘diserang’ peminat Jennie di akaun media sosialnya sehingga ada yang menyamakan wajahnya dengan monyet.

Kiky sebelum itu mengeluarkan komen terhadap persembahan Jennie yang dikatakan kelihatan letih, malas dan tidak bersemangat ketika konsert Blackpink di Jakarta.



Kritikan tersebut tidak disenangi peminat Blackpink dengan ramai mendesak Kiky agar meminta maaf dan berfikir dahulu sebelum mengkritik.

“Sungguh kelakar si Kiky. Wajah seperti monyet. Semoga anda menjadi mandul. Boleh terima?” demikian menurut komen seorang netizen.

Kiky kemudian tampil menjawab kenyataan peminat itu dengan berkata: “Tidak dapat menerima idola mereka dikritik kelihatan penat. Tidak boleh ada orang lain yang bergurau atau memberi pandangan mengenai idola mereka (meskipun itu kenyataan).”

Tambah pelawak itu, keletihan adalah perkara biasa yang dialami seseorang bergelar artis. Namun, mereka tetap perlu bersikap profesional kerana peminat telah membayar harga tiket untuk menonton konsert.



“Kita menonton, kita bayar dan kita boleh memberikan pandangan. Itu pun dengan gurauan dan bukannya hinaan.

“Anda perlu faham sekiranya idolanya penat kerana mengadakan konsert di sana sini, sudah pasti ia akan memberi kesan kepada mutu persembahan. Namun, kerana mereka dibayar secara profesional, harus bersikap profesional. Ada orang berpendapat dia bagus, namun kalau ada yang berpendapat sebaliknya, kita tidak boleh buat apa-apa,” katanya. – Agensi

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok



Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker