Siap sedia hadapi El Nino atau berdepan krisis air, kerajaan diberitahu

Siap sedia hadapi El Nino atau berdepan krisis air, kerajaan diberitahu

Pakar menggesa pihak berkuasa, perniagaan dan orang ramai bersiap sedia menghadapi cuaca kering luar biasa yang berpanjangan mulai Julai ini.

Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, cuaca panas dan kering disebabkan fenomena El Nino.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia memberi amaran kemungkinan peningkatan kebakaran hutan, yang sebelum ini menyebabkan Sumatera diselubungi jerebu dan merebak ke Malaysia serta Singapura.

Pakar Klimatologi, Ramzah Dambul, berkata semua agensi cuaca utama seperti di AS, Eropah dan Australia, meramalkan kesan El Nino berpanjangan bermula dari Julai hingga awal 2024.

Ramzah, mengetuai Institut Kajian Pembangunan di Sabah, berkata Malaysia dan Indonesia mungkin mengalami musim kemarau lebih lama berbanding negara lain.

“Kemuncaknya kemungkinan besar berlaku dari Oktober hingga Disember,” katanya kepada FMT.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga, S Piarapakaran, berkata kemarau berpanjangan boleh menjadi masalah terutama bagi Kedah, Kelantan dan Perlis kerana mereka tidak mempunyai rizab margin air.

Rizab margin merujuk kepada kapasiti air terawat tambahan yang tersedia selepas memenuhi permintaan sedia ada. Rizab margin yang sesuai untuk negeri ialah 20%.

Hanya Pulau Pinang, Pahang, Perak dan Terengganu mempunyai rizab sedemikian.

Negara mempunyai rizab margin kurang daripada 5% akan mengalami tekanan air rendah atau gangguan pada waktu puncak semasa musim kemarau.

Johor, Labuan dan Negeri Sembilan mempunyai rizab margin antara 14% dan 19% manakala Selangor mempunyai 10% dan Melaka 7.5%. Data untuk rizab Sabah dan Sarawak tidak disediakan. FMT

Siap sedia hadapi El Nino atau berdepan krisis air, kerajaan diberitahu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Farid Kamil tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah?

Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik

Mahathir terus-menerus tibai Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker