King Coco Luah Rasa Sedih Sambut Ramadan

King Coco Luah Rasa Sedih Sambut Ramadan

Hari ini semua umat beragama Islam akan berpuasa Ramadhan untuk tahun 2022. Pasti ramai yang tidak sabar dan mempunyai perancangan tersendiri bersama keluarga tersayang.

King Coco Berpuasa Tanpa Ibu

Di Instagram Story, King Coco meluahkan emosi mengenai sambutan puasa pada tahun ini.

Dia menyatakan untuk tahun ini emosinya tidak stabil kerana tahun ini dia tidak dapat berpuasa bersama ibunya yang telah tiada tambahan pula bulan April adalah bulan kelahiran ibunya.

Menurut apa yang dikongsi di Instagram Story, King Coco terlalu merindukan arwah ibunya sehingga menyebabkan dia tidak boleh ‘move on’. Baginya, tiada cinta yang lebih agung dari cinta seorang ibu.

King Coco turut memaklumkan bahawa baginya hilang suami tidak memberi kesan kepadanya, malah kehilangan seorang ibu menyebabkan dunianya menjadi gelap.

Akhir penulisannya, King Coco menyarankan kepada semua untuk menghargai ibu yang masih hidup dan jangan berkongsi mengenai keburukan ibu di media sosial kerana zaman sekarang terlalu ramai yang menjadi ‘tanggang’ moden. Mr

King Coco Luah Rasa Sedih Sambut Ramadan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker