Roslan Shah rebah di siaran langsung WHI

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pengacara, Roslan Shah rebah tiba-tiba ketika tampil pada program Wanita Hari Ini (WHI) yang bersiaran secara langsung di studio Sri Pentas TV3, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, tengah hari, hari ini.

Menerusi program yang membawakan topik Si Mulut Tempayan, Roslan yang sedang rancak berbual dengan hos iaitu Fatin Hamimah dan Hawa Rizwana kemudian terbatuk-batuk sebelum jatuh dari kerusinya.

Program itu dihentikan dengan siaran iklan sementara kakitangan studio memberikan bantuan selanjutnya kepada Roslan.

Roslan segera diberikan rawatan oleh doktor yang mendapati bacaan darahnya agak tinggi.

Roslan kemudian dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan.

Turut tampil dalam program terbabit ialah Pegawai Psikologi (Kaunseling) Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Nurul Hidayah Mat Sarip.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker