Anwar dinasihat supaya jangan buang masa layan anak Mahathir

Seorang pemimpin PKR meminta presiden parti itu, Anwar Ibrahim supaya tidak melayani kritikan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Mukhriz Mahathir.

Ahli parlimen Pasir Gudang, Hassan karim sebaliknya berkata Anwar dan PKR perlu menumpukan usaha untuk menyelesaikan masalah rakyat

“Biarkanlah Mukhriz lebih garang menyerang Anwar daripada menyerang pemimpin BN dan PN. Anwar dikatakan gagal manakala bapanya Mahathir dikatakan berjaya.

“Apakah Anwar atau Parti Keadilan perlu menjawab dan menyerang balas komen Mukhriz itu? Saya fikir tak payahlah.

“Anwar dan PKR khususnya elok tumpukan kempen kepada isu-isu rakyat seperti mengemukakan penyelesaian kepada masalah kos sara hidup Rakyat yang semakin tinggi,” katanya.

Sabtu lalu, Mukhriz dilapor mengkritik Anwar kerana didakwatidak lebih berusaha untuk menyatukan parti pembangkang meskipun menjadi Pengerusi Pakatan Harapan.

Mukhriz berkata, PH tiada kepimpinan sebenar dan keputusan PKR tidak menggunakan logo gabungan itu bagi PRN Johor merupakan bukti tiada perpaduan.

Mengulas lanjut Hassan berkata para pengundi hanya mahu mendengar perancangan ahli politik untuk membantu rakyat dan bukan melihat pemimpin berkelahi.

“Pengundi di Johor tak suka lihat Ahli-Ahli politik berkelahi.

“Para pengundi di Johor nak dengar apa yang orang-orang politik akan buat untuk bantu Rakyat yang tengah susah sekarang.

“Itu lebih bererti kepada pengundi,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker