Netizen nampak ‘baby bump’, isteri Remy Ishak hamil?

ISTERI Remy Ishak, Ezza kini didakwa sedamg hamil.

PETALING JAYA – Nama pelakon terkenal Remy Ishak tiba-tiba menjadi bahan bualan netizen hari ini apabila ada netizen mendakwa ternampak ‘baby bump’ dalam sebuah video milik isterinya Ezza Yusof.

Ezza, 39, menjadi tumpuan selepas ada yang mendakwa terdapat perubahan bahagian perut dalam satu sebuah videonya sedang memperagakan sepasang kasut jenama miliknya.

Meskipun tiada sebarang pengesahan daripada Ezza yang juga seorang usahawan, terdapat netizen sudah mula mengucapkan tahniah kepada isteri pelakon filem Sangkar itu.

Kebanyakan mereka melahirkan rasa teruja dan berharap agar penampakan baby bump tersebut ialah benar-benar berlaku.



“Comelnya, penampakan baby bump,” komen seorang netizen.

Lebih mengudang tanda tanya ialah apabila aktres popular, Fasha Sandha turut meninggalkan komen seperti memberi bayangan Ezza sedang berbadan dua.

“Sudah guna beg bersaiz besar. Petanda baik itu, nak kena isi macam-macam nanti (diikuti emoji botol susu bayi),” komennya.

Kosmo! pada 13 Januari lalu melaporkan Remy atau nama sebenarnya Muhammad Zalimei Ishak sudah mula risau dan sering memikirkan soal zuriat selepas hampir enam bulan bernikah.



Sebagai info, Remy dan Ezza bernikah pada 21 Ogos tahun lalu selepas lapan tahun bercinta dan saling mengenali hati budi. – KOSMO! ONLINE


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]



Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)



PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker