Calon PN DUN Tioman meninggal dunia

Calon PN DUN Tioman meninggal dunia

Calon Perikatan Nasional (PN) DUN Tioman, Pahang, Md Yunus Ramli meninggal dunia di Hospital Kuala Rompin, Pahang, 3.30 pagi tadi.

Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Rohimi Wan Daud.

Yunus daripada PAS yang sebelum ini pernah bertanding di kerusi sama pada PRU14 merupakan ketua PAS Sungai Puteri dan pengarah 2 Jawatankuasa Pilihanraya Kecil DUN Tioman.

Beliau juga adalah bekas timbalan presiden bola sepak Rompin, menurut Bernama.

Hari ini adalah hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Bagi PRU15, DUN Tioman menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Yunus, Sulaiman Bakar (bebas), Osman A Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan) dan bekas penyandang Mohd Johari Hussain (Barisan Nasional).

Pada 16 Nov lalu calon PH kerusi Parlimen Padang Serai di Kedah M Karupaiya dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan.

Justeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Dis untuk hari pengundian bagi kerusi Parlimen itu, dengan penamaan calon pada 24 Nov dan pengundian awal 3 Dis. FMT

Calon PN DUN Tioman meninggal dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker