Syamsul dakwa Puteri Sarah curang dengan bekas kekasih

Syamsul dakwa Puteri Sarah curang dengan bekas kekasih

“Tiada suami dalam dunia ini yang boleh terima isterinya curang dengan lelaki lain,” demikian kenyataan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof, 39, yang memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, petang tadi.

Syamsul diwakili peguam syarie, Azmi Mohd Rais memfailkan permohonan nusyuz, jam 3.10 petang.

Ketika ditemui media, Syamsul memberitahu dia memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah bukan sebab mahu membalas dendam, sebaliknya menyelamatkan rumah tangga.

“Sebagai suami, saya juga memendam rasa. Saya tak mahu cakap benda ini sebab saya pun malu.

“Tak mengapalah, biar saya dan peguam sahaja tahu. Saya tahu Puteri Sarah berhubung dengan bekas kekasihnya.

“Dia bukan pelakon, orang biasa ketika belajar di kolej. Jadi, saya tidak mahu orang salah faham.

“Siapa boleh terima bila mengetahui isteri menjalinkan hubungan dengan suami orang. Dan benda ini timbul bukannya sebab saya mahu ‘membantai’ Puteri Sarah, tetapi selagi saya diam, lagi teruk,” katanya kepada BH Online.

Kata Syamsul, dia seboleh-bolehnya tidak mahu mengambil tindakan, namun terpaksa berbuat demikian selepas dakwaan dibuat Puteri Sarah.

“Selama ini, saya banyak berdiam dengan apa yang berlaku dalam rumah tangga. Iyalah, tak elok nak berkongsi semua benda dalam kain kepada umum.

“Orang tahu saya diam walaupun apapun Puteri Sarah muat naik dalam laman sosial Instagram (IG). Saya tak mahu berkongsi soal rumah tangga, namun sekarang baru saya faham kenapa orang cakap jangan masuk campur urusan rumah tangga orang.

“Pasal saya dan Puteri Sarah orang tak tahu apa yang berlaku. Mungkin hanya mendengar sebelah pihak terus menghakimi, saya pun tak nak melatah.

“Saya berdiam sebab fikir Puteri Sarah ibu kepada dua cahaya mata saya. Tetapi, saya terkejut Puteri Sarah menuduh saya memukulnya.

“Saya tahu Puteri Sarah marah dan membenci saya. Kalau buka mulut macam saya buka aib Puteri Sarah pula,” katanya.

Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berkata, ibu bapanya juga tidak mengetahui hal sebenar.

“Ibu bapa turut menghentam saya, jadi sudah tiba masanya, saya bukan mahu membalas atau melawan Puteri Sarah,” katanya.

Peguamnya, Azmi berkata, Puteri Sarah terbabit dalam tuntutan nusyuz atas beberapa alasan dan tarikh sebutan kes ini adalah pada 6 April depan.

“Hari ini, Syamsul memfailkan kes tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah. Kami berusaha mendapatkan kebenaran menyerahkan saman memandangkan dia tinggal di Wilayah Persekutuan.

“Jadi, kami akan serahkan saman ini kepada Puteri Sarah dalam masa terdekat ini. Tarikh seterusnya, 6 April depan.

“Nusyuz adalah isteri tidak taat dan derhaka, jadi Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz kerana beberapa alasan dinyatakan dalam tuntutan.

“Antaranya, Puteri Sarah meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, masih menghubungi bekas kekasih, enggan mematuhi notis nusyuz dan sudah membuat fitnah terhadap Syamsul seperti memukul dan tidak memberi nafkah,” katanya.

Terdahulu, Syamsul hadir berseorangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, jam 3.05 petang, semalam. BH

Syamsul dakwa Puteri Sarah curang dengan bekas kekasih

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Farid Kamil tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah?

Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik

Mahathir terus-menerus tibai Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker