Kebun getah jadi ‘port’ pelacur

Kebun getah jadi ‘port’ pelacur

SEGAMAT – Seorang pelacur serta empat lelaki yang juga warga Indonesia ditahan dalam Op Noda oleh Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di sebuah pondok di Jalan Ah Tong di sini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, harga ditawarkan untuk mendapatkan khidmat pelacur berusia 31 terbabit serendah RM50 selain mensasarkan hanya warga asing sebagai pelanggan secara ‘walk in’.



“Pondok di sekitar kebun getah itu kelihatan sekadar kediaman terbiar dari luar, namun di dalam premis usang itu tersedia khidmat seks dan sebuah ruang yang dipercayai digunakan bagi aktiviti pelacuran.

“Pelanggan terdiri daripada lelaki Indonesia berusia antara 20 hingga 47 tahun turut ditahan dalam serbuan itu bagi semakan dokumen dan pihak polis turut merampas dua telefon bimbit berjenama Oppo, dua kondom telah digunakan selain wang tunai berjumlah RM650,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Kuarters Kediaman Anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di Jalan Segamat-Jementah di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Zamry, operasi bermula 12.10 awal pagi 14 Mac lalu itu dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat selepas melakukan risikan selama beberapa hari di sekitar Jementah.

“Semua yang ditahan direman 14 hari sehingga 27 Mac ini mengikut Seksyen 372 A dan 372B Kanun Keseksaan bawah Akta Imigresen 1959/63 dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti tidak bermoral seperti pelacuran untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD Segamat di talian 07-9312222,” ujarnya. K Online



Kebun getah jadi ‘port’ pelacur

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Farid Kamil tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah?



Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik

Mahathir terus-menerus tibai Anwar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker