Tabung Haji perlu bagi subsidi sama rata untuk semua

Tabung Haji perlu bagi subsidi sama rata untuk semua

Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), kurang bersetuju dengan langkah Lembaga Tabung Haji (TH) mewujudkan bayaran haji bersasar, tahun ini, membabitkan tiga kelompok iaitu B40, M40 dan T20.

Presiden PAPUH, Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata ini kerana adalah sukar untuk memastikan setiap individu berada dalam kategori yang sebenar.



Pihaknya bimbang ada pihak yang layak membayar penuh kos haji, mengambil kesempatan memalsukan dokumen supaya dapat membayar kos yang lebih rendah.

“Selain itu, tidak semua dalam kategori T20 mampu membayar kos keseluruhan ibadat itu kerana mungkin mereka juga ada komitmen yang tinggi.

“Oleh itu, pada pandangan saya, TH hanya perlu kekalkan satu harga dan tidak perlu buat secara bersasar atau membezakan bayaran,” katanya kepada BH, hari ini.

Bagaimanapun, beliau menghargai harga bayaran haji yang ditetapkan oleh TH, tahun ini, yang dianggap berpatutan seiring dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan kemudahan ketika ini.



Pada masa sama, beliau meminta TH supaya telus dalam pembayaran haji itu kerana yakin lembaga itu mampu untuk memberikan bantuan kewangan haji secara sama rata.

“TH adalah satu-satunya agensi yang tidak perlu membayar cukai pendapatan di negara ini, oleh itu keuntungan cukai itu sepatutnya mencukupi untuk terus menyalurkan bantuan kewangan haji.

“Cukai keuntungan yang tidak dibayar kepada kerajaan boleh digunakan untuk subsidi dan saya yakin ia mencukupi untuk terus menawarkan bayaran haji sama rata kepada semua bakal jemaah,” katanya.

Sementara itu, seorang kakitangan awam, Dr Siti Suriawati Isa, berpandangan kos haji penuh sebanyak RM30,850 yang dikenakan kepada T20 agak berpatutan.



Namun, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, beliau mencadangkan kerajaan khususnya TH untuk mempertimbangkan bantuan khas kepada T20 yang bekerja atau menetap di kawasan sekitar Lembah Klang.

“Ini kerana golongan T20 yang bekerja di Lembah Klang mempunyai komitmen perbelanjaan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang tinggal di tempat lain seperti Perlis dan Kelantan.

“Sebagai contoh kos makan tengah hari di Lembah Klang adalah sekitar RM12 ke atas, manakala di Kelantan sekitar RM7,” katanya.

Eksekutif akaun, Mazlina Ismail, 46, tidak bersetuju dengan kos haji bersasar yang ditetapkan TH tahun ini.



Katanya, ramai golongan T20 mempunyai komitmen yang tinggi dan akhirnya berada pada tahap sama seperti golongan lain.

“Jadi tidak adil jika hanya B40 dan M40 yang mendapat lebih subsidi haji,” katanya sambil berharap TH memberi keutamaan giliran haji kepada mereka yang sudah lama membuat simpanan dengan agensi itu.

Semalam, BH melaporkan, TH meneruskan bantuan kewangan haji secara bersasar, walaupun kos ibadat itu naik kepada RM30,850, berbanding RM28,632 tahun lalu.

TH menyediakan lebih RM400 juta bagi menampung sebahagian daripada kos jemaah haji kumpulan B40 dan M40, yang kali pertama menunaikan ibadat itu. BH



Tabung Haji perlu bagi subsidi sama rata untuk semua

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Farid Kamil tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah?



Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik

Mahathir terus-menerus tibai Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker