Pemisah Uighur desak ICC keluar waran tangkap terhadap Xi Jinping

Pemisah Uighur desak ICC keluar waran tangkap terhadap Xi Jinping

Pemimpin sebuah gerakan yang menuntut kemerdekaan etnik Uighur mendesak Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden China, Xi Jinping atas dakwaan melakukan pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kemanusiaan.

Menurut agensi berita United Press International, Perdana Menteri kerajaan buangan Turkistan Timur, Salih Hudayar membuat rayuan tersebut menerusi laman Twitter.

“Kami mendesak ICC agar bertindak dan memastikan pemimpin China, Xi Jinping bertanggungjawab ke atas kegiatan pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kemanusiaan ke atas etnik Uighur serta Turki,” kata Salih menerusi hantarannya di Twitter.

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas ICC mengeluarkan waran tangkap ke atas Presiden Russia, Vladimir Putin dan Komisioner Hak Asasi Kanak-Kanak untuk Presiden Persekutuan Russia, Maria Lvova-Belova kerana memindahkan kanak-kanak dari Ukraine ke Russia secara haram.

Kerajaan buangan Turkistan Timur yang diisytiharkan pada 2004 dan berpangkalan di Washington, D.C, tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat atau mana-mana kerajaan lain di seluruh dunia.

Kerajaan buangan merupakan kumpulan bermotifkan politik yang menmbuat tuntutan kedaulatan sah terhadap sesebuah negara namun, tidak dapat melaksanakan tuntutan tersebut.

Kumpulan Turkistan Timur mendakwa mereka adalah kerajaan yang sah bagi Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang di China.

China telah lama dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas etnik Islam Uighur dengan pejabat Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Ogos tahun lalu menyimpulkan bahawa dakwaan penyeksaan, penahanan secara paksa dan pelanggaran hak asasi manusia yang lain adalah boleh dipercayai.

“Ini termasuk sekatan meluas, sewenang-wenangnya melakukan diskriminasi terhadap hak asasi manusia serta kebebasan asasi yang melanggar undang-undang dan piawaian antarabangsa,” kata PBB ketika itu.

Pada 2019, akhbar The New York Times melaporkan Jinping memberikan arahan secara rahsia yang mengarahkan Parti Komunis China agar tidak menunjukkan belas kasihan sama sekali terhadap etnik Uighur dan Turki.

Ia membawa kepada penahanan beramai-ramai, buruh paksa dan pembersihan etnik di tersebut di China. Beijing bagaimanapun berulang kali menafikan tuduhan tersebut K Online

Pemisah Uighur desak ICC keluar waran tangkap terhadap Xi Jinping

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Farid Kamil tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah?

Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik

Mahathir terus-menerus tibai Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker