Uqasha Senrose dituduh pembuli kerana pertahankan adik

Bergaduh dengan adik, Uqasha Senrose jadi mangsa tohmahan

Uqasha Senrose dituduh pembuli kerana pertahankan adik

Pelakon jelita, Uqasha Senrose, 30, memuat naik hantaran individu yang memfitnahnya seorang pembuli atau gangster tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Menerusi perkongsian dalam Instagram Story (IGs), Uqasha mengetahuinya apabila ada pengikutnya yang mendedahkan mesej peribadi individu itu kepadanya.

Di dalam mesej itu, individu berkenaan turut menggunakan nama Tuhan untuk membuatkan orang percaya dengan kenyataan yang mendakwa Uqasha seorang pembuli.

“Dia menyebarkan aib yang mengatakan saya adalah gangster dan pembuli kepada seseorang dalam mesej langsung dan saya mengetahuinya.

“Punyalah hendak membuat orang percaya saya gangster, siap sebut demi Allah,” katanya.

Namun, individu berkenaan tampil membuat pengakuan dan permohonan maaf kepadanya melalui satu video.

Uqasha berkata, punca individu itu membuat fitnah disebabkan pernah bergaduh dengan adiknya dan seterusnya, menghakimi kakak yang hanya membela adiknya, seorang gangster.

“Assalamualaikum, saya Nadia Rosli ingin membuat pengakuan saya mengatakan Uqasha Senrose seorang yang gangster dan pembuli. Saya ingin menarik semula segala kata-kata saya.

“Dia sebenarnya bukanlah seorang pembuli atau gangster, cuma saya pernah bergaduh dengan adiknya. Uqasha cuba untuk mempertahankan adiknya.

“Saya di sini dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada Uqasha Senrose kerana mengaitkan namanya dalam hal ini. Saya sekali lagi meminta maaf,” ujarnya.

Tidak mahu memanjangkan isu itu, Uqasha terima permohonan maaf daripadanya.

“Tidak mengapa, saya sudah maafkan awak juga,” tulisnya. BH

Uqasha Senrose dituduh pembuli kerana pertahankan adik

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Farid Kamil tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah?

Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik

Mahathir terus-menerus tibai Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker