Adi Putra Digugurkan dari Mat Kilau 2

Adi Putra Digugurkan dari Mat Kilau 2

Pelakon Datuk Adi Putra tampil mengesahkan dia tidak akan terlibat dalam filem prekuel Mat Kilau yang akan datang.

Ujar Adi, perkara itu telah dimaklumkan kepadanya oleh pihak penerbit filem berkenaan iaitu Kembara Studio.

Dia yang ditemui ketika acara persembahan fesyen Ajwad Khan Raya 2023 di Starvilion mengakui akur dengan keputusan tersebut dan menerimanya dengan hati terbuka selain menghormati keputusan tersebut.

Saya terima dengan qada dan qadar. Saya juga tidak mempersoalkan mengenai perkara tersebut. Saya reda.
Katanya lagi, dia tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan siapa yang kekal atau tidak sebagai barisan pelakon filem prekuel tersebut.

Penerbit ada kuasa untuk menerbitkan dan ketentuan untuk pemilihan. Saya hanya seorang pelakon atau boleh dikatakan sebagai pekerja buruh. Pelakon ini dalam kategori freelance, tidak ada mutlak kerana tidak menerbitkan sesuatu.

Terdahulu, memetik Utusan, pengarah filem Mat Kilau iaitu Syamsul Yusof ada memaklumkan mengenai pemilihan pelakon dan sutradara lain bagi menggalas tanggungjawab dalam mengemudi filem prekuel itu di masa akan datang. Bn

Adi Putra Digugurkan dari Mat Kilau 2

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Farid Kamil tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah?

Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik

Mahathir terus-menerus tibai Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker