Johari Ghani main peranan semak dan imbang pada kepimpinan utama UMNO

SHAH ALAM – Kemenangan Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Naib Presiden bagi sesi 2023-2026 dilihat berupaya memainkan peranan semak dan imbang dalam parti keramat Melayu itu.

Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpandangan, Johari merupakan antara sosok pemimpin yang terkenal sebagai seorang yang berpendirian tegas.

Selain itu, Awang Azman berkata, Johari yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO juga merupakan antara tokoh korporat Melayu yang cenderung membahaskan sesuatu isu yang timbul.



“Saya lihat barisan kepimpinan baharu yang dipilih kali ini adalah seimbang. Misalnya kemenangan Johari dijangka akan menjadi semak dan imbang dalam kelompok Naib Presiden.

“Selain tegas, beliau juga antara tokoh korporat Melayu yang sering membahaskan tentang sesuatu isu, jadi ini memberikan suasana semak dan imbang dalam UMNO,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Mengulas mengenai pelantikan beberapa muka baharu dalam barisan kepimpinan, Awang Azman berpendapat, UMNO ingin melakukan pembersihan bagi memastikan pemimpin yang dilantik adalah mereka yang benar-benar menunjukkan kesetiaan terhadap parti mengatasi kepentingan individu.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa golongan yang dianggap muka baharu itu kebanyakannya sudah lama berkhidmat dalam UMNO, tetapi belum diketengahkan.



“Itu yang berlaku. Sebab sebelum ini media cenderung memberi perhatian terhadap tokoh-tokoh tertentu seperti bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil dan Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.

“Tetapi rupa-rupanya ramai lagi individu yang sudah lama menyumbang (dalam UMNO). Jadi ini merupakan suara pemilihan perwakilan untuk memberi ruang kepada mereka yang selama ini kurang diketengahkan,” ujarnya.

Penganalisis politik, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin pula berpendapat, pemilihan kali ini merupakan salah satu bentuk rekonstruksi dan suara perwakilan UMNO yang perlu dihormati oleh masyarakat.

“Bagi jawatan Naib Presiden, terdapat watak yang konsisten seperti Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang tegar dalam memperjuangkan isu-isu berkepentingan Melayu dan Islam.



“Selain itu, Johari dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail juga amat konsisten dalam perjuangan UMNO dan mereka dilihat relevan untuk terus membawa suara parti,” jelasnya.

Menurut Noor Nirwandy, kepimpinan yang baru dipilih sama ada ketua bahagian, MKT ataupun Naib Presiden harus terus bertanggungjawab memaparkan konsistensi dalam perjuangan UMNO.

Katanya, golongan itu perlu terus dilihat relevan terutamanya dalam usaha memperjuangkan isu melibatkan masyarakat Melayu Islam secara dominan.

“Ini yang dimahukan oleh masyarakat dan kita seharusnya menghormati keputusan UMNO sebagai sebuah parti besar dalam negara dan perlu terus mengharapkan agar UMNO kekal relevan untuk memperjuangkan isu-isu berkepentingan parti dan Melayu Islam,” kata beliau.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Farid Kamil tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah?

Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik

Mahathir terus-menerus tibai Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker