Buatlah apa pun, saya tak takut – Puteri Sarah

Buatlah apa pun, saya tak takut – Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah Liyana mempersoalkan tindakan suaminya, Syamsul Yusof yang baru memfailkan permohonan nusyuz dengan mendakwa dirinya curang.

Puteri Sarah berkata, dia percaya dirinya berada di pihak benar, justeru tidak takut dengan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.



“Kenapa baru sekarang nak failkan nusyuz, sedangkan masalah sudah berlaku sejak empat tahun lalu. Apa yang dia mahukan lagi?

“Buatlah apa-apa pun kerana saya tidak takut. Saya yakin saya di pihak yang benar. Cuma, saya ingin ingatkan, Syamsul dan Ira Kazar kini sedang dalam siasatan di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah di bawah seksyen 23 iaitu persetubuhan luar nikah.

“Ira sudah dipanggil untuk beri keterangan dan saya sedang menunggu tindakan lanjut dari mahkamah.

“Saya bersyukur ibu mentua sentiasa berada di belakang saya dan sedia menjadi saksi dan pencelah terhadap kes membabitkan saya, Ira dan ahli keluarganya yang sedang berjalan di mahkamah sekarang,” katanya.



Tambah Puteri Sarah, dia menganggap dakwaan nusyuz layak diberikan kepada Syamsul kerana mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami selama ini.

“Jadi, siapa yang nusyuz? Insya-Allah segala kebenaran akan terbongkar. Tunggu dan lihat. Doakan semoga urusan saya dipermudahkan dan keadilan berpihak kepada mereka yang berhak dan benar,” katanya.

Terdahulu, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, hari ini.

Antara alasan diberikan adalah meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, masih menghubungi bekas kekasih, enggan mematuhi notis nusyuz dan membuat fitnah terhadap Syamsul seperti memukul dan tidak memberi nafkah.



Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4. BH

Buatlah apa pun, saya tak takut – Puteri Sarah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Farid Kamil tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah?

Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik



Mahathir terus-menerus tibai Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker