Kit Siang ramal Malaysia jadi negara gagal tiga dekad lagi

Kit Siang ramal Malaysia jadi negara gagal tiga dekad lagi

Veteran DAP, Lim Kit Siang meramalkan Malaysia akan menjadi sebuah negara yang gagal, berpecah-belah dan kleptokratik dalam masa tiga dekad akan datang.

Menurut beliau, gejala korupsi, perpecahan serta polarisasi kaum dan agama di negara ini pada 2020 adalah lebih buruk berbanding dengan ketika Wawasan 2020 diperkenalkan pada 1991.

Sehubungan itu, Kit Siang mencadangkan agar sidang Parlimen yang dijadualkan berakhir pada 4 April ini dilanjutkan dua hari lagi bagi membahaskan mengenai kegagalan Wawasan 2020.

“Seluruh rakyat Malaysia mesti mengetahui sebab mengapa Wawasan 2020 gagal,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Wawasan 2020 yang dirangka ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri keempat bertujuan menjadikan Malaysia sebukan negara perindustrian dan maju sepenuhnya menjelang 2020.

Selain kemajuan ekonomi, Wawasan 2020 turut memberi tumpuan terhadap aspek politik, sosial, kerohanian, psikologi serta perpaduan nasional dan sosial.

Kit Siang menambah, Parlimen juga seharusnya meluluskan usul bagi menyokong sembilan cabaran strategik sebagai dasar pembangunan bangsa untuk tempoh 10 tahun akan datang.

“Ada sesuatu yang tidak kena sekiranya terdapat Ahli Parlimen yang membantah sembilan cabaran strategik tersebut kerana ia selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan lima prinsip Rukun Negara,” jelasnya.

Beliau turut menyarankan agar usul tersebut disusuli dengan perbahasan mengenai isu yang sama di seluruh negara.

“Kejayaan langkah-langkah itu akan menentukan sama ada Malaysia dapat diselamatkan dan kembali kepada prinsip pembangunan bangsa yang asal seperti yang telah dipersetujui oleh pengasas-pengasas penubuhan negara ini,” jelasnya. MG

Kit Siang ramal Malaysia jadi negara gagal tiga dekad lagi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tak rasa bersalah ke jadi penyondol?

Farid Kamil, jumpa di mahkamah – Syamsul

Ramadhan telah tiba, jangan lakukan 10 perkara ini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker