Farid Kamil, jumpa di mahkamah – Syamsul

Farid Kamil, jumpa di mahkamah – Syamsul

Gombak: “Kita jumpa di mahkamah. Itu sahaja.” Demikian kata pengarah sensasi, Syamsul Yusof apabila menjawab pertanyaan media berhubung kenyataan yang dikeluarkan pelakon, Farid Kamil yang dipercayai menyindirnya apabila mendakwa lelaki itu pernah memukul seorang wanita bernama Diana namun tiada sebarang tindakan diambil.

‘Diana’ yang disebutkan dalam Insta Story Farid itu dipercayai merujuk kepada isterinya, Diana Danielle.

Lebih mengejutkan pendedahan Farid itu dibuat sehari selepas isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia pernah dipukul oleh suaminya menyebabkannya keluar rumah sekitar 2020.

Sebelum ini, Syamsul dan Diana Danielle pernah menjadi pasangan kekasih sekitar 2005 sebelum hubungan terbabit terlerai pada penghujung 2008.

Diana kemudian bercinta dengan Farid Kamil sebelum mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012.

Syamsul berkata, dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Farid selepas membuat perkara yang bersifat kebudak-budakan.

“Kita dah tua bro, apa kau nak buat ‘game’ budak-budak. Kalau dah jumpa di mahkamah, takkan nak main tepuk tampar, mesti aku saman kau la,” katanya.

Menurut Syamsul, sejak konflik rumah tangganya menjadi panas dia jarang aktif menggunakan media sosial namun mengetahui isu-isu yang diperkatakan mengenainya apabila dimaklumkan oleh rakan-rakan terdekat.

“Saya malas nak main ‘game’ media sosial. Kita dah tua, kita nak cari rezeki, kita nak kerja. Kalau masa muda-muda dulu okay la kot, sekarang hal remeh temeh (macam ini) saya tak nak. Sebab itu saya cakap saya malas gaduh tetapi ini ujian la,” katanya.

Semalam Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. HM

Farid Kamil, jumpa di mahkamah – Syamsul

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita Bossku belum tamat – Khairy

Syamsul dakwa Puteri Sarah curang dengan bekas kekasih

Adi Putra Digugurkan dari Mat Kilau 2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker