Bodoh dan biadap! Bunyi ekzos dan mercun mengganggu solat terawih

Alhamdulillah, kita semua sekali lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk menjalani ibadah puasa pada Ramadan kali ini. Seperti biasa, setiap kali Ramadan, umat Islam akan mengambil peluang ini untuk menambahkan amal ibadah masing-masing berbanding kebiasaan.

Saf-saf di masjid mahupun surau penuh dengan orang ramai daripada dewasa sehinggalah ke anak-anak kecil untuk menunaikan solat lima waktu termasuk solat sunat tarawih secara berjemaah.

Malah, ramai juga berusaha untuk mengkhatamkan al-Quran selain meningkatkan amalan bersedekah pada bulan mulia ini.

Pun begitu, masih ada segelintir dalam kalangan kita yang bagaikan ‘kurang’ mahu mengambil kesempatan untuk menambah pahala di bulan yang berkat ini. Malah, sesetengahnya seolah-olah bagaikan mengganggu orang lain daripada memberi tumpuan ketika menjalani ibadah khususnya pada waktu solat isyak dan tarawih tanpa mereka sedari.

Kalau diikutkan pengalaman Ramadan yang sudah-sudah, terdapat segelintir pihak begitu seronok bermain mercun dengan bunyi dentuman yang sangat kuat di kala jemaah di masjid atau surau sedang bersolat.

Bunyi dentuman mercun ini pula bukan biasa-biasa, ia bagaikan bunyi ledakan bom yang bukan sahaja menenggelamkan suara imam ketika membaca surah, malah membuatkan para makmum yang sedang bersolat ‘terkejut beruk’.

Dentuman-dentuman mercun ini pula bukan sekali, malah bersahut-sahutan dan bagai berlawan-lawanan antara beberapa pihak sehinggalah solat tarawih selesai.

Selain itu, terdapat juga segelintir mat-mat motor yang berekzos bising turut tidak mahu kalah apabila bagaikan mahu ‘berlawan’ dengan bacaan imam apabila motor-motor mereka bagaikan ‘berteriak kuat’ ketika bergerak laju berdekatan dengan masjid atau surau.

Yang tak sedapnya, bila masa lalu dekat masjid, masa tu la dipulasnya minyak motor tu ‘sekuat-kuat hati’ bagai nak berlumba sehingga jemaah langsung tak boleh mendengar suara imam yang sedang membaca surah ketika solat.

Benar, perkara ini hanya dilakukan oleh golongan yang segelintir, selain ia berlaku bukannya di semua kawasan dan mereka pun mungkin bukan sengaja atau berniat untuk mengganggu jemaah yang sedang bersolat di masjid.

Namun, tanpa mereka sedari, perbuatan itu telah mengganggu para jemaah yang sedang bersolat selain turut merisikokan diri mereka kepada bahaya.

Kepada mereka yang terlibat, eloklah mulai tahun ini berhentilah daripada bermain mercun seperti itu pada waktu jemaah sedang bersolat di masjid terutamanya pada waktu isyak dan tarawih.

Bukan sahaja pada waktu tersebut, malah pada waktu-waktu lain juga.

Begitu juga kepada mat-mat motor khususnya yang berekzos bising, tak payah lah nak pulas minyak motor sampai satu dunia boleh dengar deruman enjin motor anda terutamanya ketika lalu di kawasan masjid, surau mahupun di kawasan perumahan yang ramai penduduk.

Sedarlah, ia benar-benar mengganggu orang ramai.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tak rasa bersalah ke jadi penyondol?

Farid Kamil, jumpa di mahkamah – Syamsul

Ramadhan telah tiba, jangan lakukan 10 perkara ini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker