Tak rasa bersalah ke jadi penyondol?

Ahirine didakwa menjadi punca rumahtangga Diana dan Farid retak.

Tak rasa bersalah ke jadi penyondol?

Sering mempamerkan keakraban di media sosial, nama pelakon Ahirine Ahiruddin dipetik sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle.

Nama pelakon gandingan Farid untuk filem Rempit 2 itu didakwa sebagai punca Diana memfailkan cerai terhadap aktor terbabit.

“Ini mesti Ahirine yang menjadi punca perceraian. Tidak rasa bersalah ke menjadi perosak rumah tangga Diana? Saman saja Ahirine kerana dia menjadi orang ketiga dan punca pergolakan.

“Malah, negara kita ada undang-undang membabitkan orang ketiga. Saman saja,” komen seorang pengguna media sosial.

Malah, ada juga yang kurang senang apabila Ahirine memuat naik perkongsian bermesra dengan Farid yang juga berstatus sebagai suami dan bapa kepada dua cahaya mata.

Krisis Syamsul-Aaron Aziz: Netizen pun sama ‘naik’

“Semenjak Farid rapat dengan seorang perempuan dan sering berada di litar, sehinggakan baju pun dibantu zip oleh Farid,” komen warga maya itu.

Usaha Harian Metro menghubungi Farid untuk mengulas mengenai dakwaan berkenaan hingga kini belum mendapatkan maklum balas.

Sebelum ini, menerusi laporan Harian Metro, Ahirine, 26, berharap tidak timbul salah faham terhadapnya berikutan video dengan Farid yang membantunya memakai topi keledar sebagaimana dimuat naik di aplikasi Tik Tok.

Menurut Ahirine, tindakannya tampil menjelaskan suasana yang berlaku memandangkan orang ramai menyebut nama isteri Farid, Diana Danielle di ruangan komen video berkenaan.

Sementara itu, Diana dilaporkan membuat permohonan cerai pada awal bulan ini dengan memberi alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Benarkah DAP Sudah Berubah?

Farid yang khabarnya sudah tidak tinggal sebumbung dengan Diana, bagaimanapun enggan melafazkan cerai pada sesi yang berlangsung di Mahkamah Syariah Subang Bestari, Isnin lalu. HM

Tak rasa bersalah ke jadi penyondol?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita Bossku belum tamat – Khairy

Syamsul dakwa Puteri Sarah curang dengan bekas kekasih

Adi Putra Digugurkan dari Mat Kilau 2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker