Krisis Syamsul-Aaron Aziz: Netizen pun sama ‘naik’

DUNIA hiburan tanah air kembali hangat sejak beberapa hari lalu apabila pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz dikatakan menjadi mangsa ‘body shaming’.

Ketika netizen sibuk mengkaji kontroversi beberapa artis terkenal negara termasuk kisah rumah tangga mereka, episod berbalas kenyataan antara Aaron dan Syamsul Yusof menarik perhatian ramai.

Ia bermula apabila pengarah kontroversi, Syamsul tampil memberi penjelasan punca sebenar Aaron digugurkan daripada membintangi filem The Original Gangster.



Menurut Syamsul, ada beberapa faktor pelakon kelahiran Singapura itu tidak dipilih antaranya kerana telah berusia, kesihatan dan faktor badan iaitu gemuk.

Beliau menyatakan, keputusan itu diambil selepas mendengar pandangan semua pihak produksi termasuklah barisan penerbit.

Tidak berdiam diri, pelakon kelahiran Singapura itu menzahirkan kekecewaannya dan mendedahkan bahawa beliau terpaksa mengambil suntikan bagi mendapatkan susut badan ideal seperti mana yang dikehendaki Syamsul bagi menjayakan filem tersebut.

Malah, Aaron mendakwa, suntikan itu diambil atas permintaan daripada Syamsul dan bertindak sedemikian bagi mencapai bentuk badan yang dikehendaki untuk filem berkenaan.



Tidak cukup dengan itu, beliau turut bersumpah bersaksikan al-Quran ketika menjelaskan perkara yang sebenar mengenai isu tersebut, dalam satu rakaman video.

Ia menjadi bertambah panas apabila isteri Aaron iaitu Diyana Halik meluahkan rasa sedih dan kesal apabila melihat suaminya dihina secara terbuka.

Diyana menerusi satu hantaran di Instagram terkejut dengan kenyataan yang keluarkan oleh Syamsul di media sosial dan tampil mempertahankan suaminya.

Perkembangan terbaharu itu menyebabkan ada kalangan netizen yang terpaksa bekerja lebih masa untuk mendapatkan maklumat terkini artis kesayangan mereka itu.



Malah, tular di media sosial senarai artis yang menjadi senarai carian utama mereka di internet.

Sebenarnya, sudah menjadi lumrah manusia untuk mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam, apatah lagi apabila melibatkan artis kesayangan mereka dan isu yang menjadi kepentingan awam.

Bagaimanapun sebagai netizen, perlu ada batasnya apatah lagi dalam melontarkan sebarang komen agar ia tidak menggores hati mana-mana pihak.

Tambahan pula, umat Islam kini memasuki bulan Ramadan yang penuh keberkatan.



Lebih elok jika masa yang ada dimanfaatkan dengan aktiviti yang boleh memberi pahala, daripada sibuk mengambil tahu masalah artis kesayangan mereka.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker