Krisis air dunia semakin parah

 

Keadaan terkini beting pasir yang menunjukkan air semakin surut di Sungai Loire, Perancis. – AFP

NEW YORK – Air menjadi nadi manusia terpenting, namun krisis air yang melanda dunia baru-baru ini bakal mencetuskan kebimbangan bahawa malapetaka baharu bakal terjadi apabila sumbernya semakin tiada.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Water.org dan Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang diterbitkan baru-baru ini memberi amaran mengenai sumber air yang semakin berkurangan di beberapa tempat selain air tercemar, sekali gus menyerlahkan risiko krisis air global.

 

Tasik kering kontang boleh dilihat di utara Canelones, di selatan Uruguay, ketika negara itu mengalami kemarau yang teruk. -AFP
Tasik kering kontang boleh dilihat di utara Canelones, di selatan Uruguay, ketika negara itu mengalami kemarau yang teruk. -AFP

 

“Jika sesuatu tidak dilakukan, ia akan terus menyebabkan 40 dan 50 peratus penduduk dunia tidak mempunyai akses kepada sanitasi, serta kira-kira 20 hingga 25 peratus penduduk dunia sukar mendapatkan bekalan air bersih,” kata pengarang utama laporan, Richard Connor kepada AFP.

Ditambah populasi global semakin meningkat setiap hari, akan lebih ramai orang tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan mendapatkan bekalan air tersebut.

Seorang wanita memangku anaknya yang kebuluran di unit nutrisi di bandar Gode, Ethophia - AFP
Seorang wanita memangku anaknya yang kebuluran di unit nutrisi di bandar Gode, Ethophia – AFP

 

Laporan juga memberi amaran kekurangan air akan menjadi ‘endemik’ akibat penggunaan air berlebihan dan pencemaran, manakala pemanasan global akan meningkatkan kekurangan air bermusim di kawasan air banyak dan kawasan hampir tiada air.

Menurut kajian iklim PBB yang diterbitkan Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) pada Isnin, hampir separuh penduduk dunia kini mengalami kekurangan air teruk sekurang-kurangnya pada tahun ini.

Gambar satelit berjaya merakam gambar Tasik Montbel yang surut teruk akibat kemarau panjang dan berlaku krisis air di Perancis. - AFP
Gambar satelit berjaya merakam gambar Tasik Montbel yang surut teruk akibat kemarau panjang dan berlaku krisis air di Perancis. – AFP

 

Menurutnya, golongan miskin paling terjejas akibat krisis air ini yang menyebabkan keadaan semakin membimbangkan.

“Tidak kira anda berada di mana, jika anda cukup kaya anda akan berjaya mendapatkan bekalan air,” tambah Connor.

Air surut boleh dilihat di Sungai Abu Lehya di wilayah Dhi Qar di Iraq akibat kemarau panjang. - AFP
Air surut boleh dilihat di Sungai Abu Lehya di wilayah Dhi Qar di Iraq akibat kemarau panjang. – AFP

 

Laporan itu turut menyatakan bahawa kesan bekalan air menjadi tercemar akibat sistem sanitasi yang tidak terurus atau tiada langsung.

“Sekurang-kurangnya dua billion orang di seluruh dunia menggunakan sumber minuman yang tercemar dengan najis, sekali gus meletakkan mereka berisiko dijangkiti penyakit taun, kepialu dan polio,” katanya.- AFP

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker