Saya bersumpah atas nama Allah – Najib

Saya bersumpah atas nama Allah – Najib

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ternyata kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengekalkan hukuman terhadap beliau membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd International Berhad.

Dalam sidang medianya, Ahli Parlimen Pekan itu bersumpah atas nama Allah bahawa beliau tidak mengetahui, meminta dan mengarahkan wang RM42 juta dipindahkan ke akaun peribadi miliknya.

“Soal pokok dalam kes SRC ini berkisar kepada jumlah RM42 juta yang dipindahkan ke akaun peribadi saya.

“Sebagai seorang beragama Islam, saya bersumpah atas nama Allah, bahawa saya tidak tahu dan saya tidak minta serta tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk memindahkan RM42 juta itu,” katanya.

Menurut Najib, beliau amat kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan dn meminta pasukan peguamnya mengemukan permohonan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

“Saya sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan dan telah meminta pasukan pembelaan mengemukakan permohonan”, kata Najib dalam sidang media maya berlangsung sejurus selepas keputusan diterima.

Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap Najib selepas peguam bela Farhan Read mengemukakan permohonan untuk membawa rayuan ke proses seterusnya di Mahkamah Persekutuan.

Syarat penangguhan masih sama iaitu jaminan RM2 juta dengan dua penjamin, dan perlu melapor diri ke balai polis berhampiran dua kali sebulan.

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang disabit dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama-sama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan untuk menolak rayuan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pekan itu ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas. SM

Saya bersumpah atas nama Allah – Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen

Zeti izinkan wang RM2.6 bilion dibawa masuk?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker