Bonus raya untuk penjawat awam diterima pada 17 April 2023

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Zulkapli Mohamed berkata RM700 dibayar kepada penjawat awam gred 56 ke bawah, manakala pesara menerima RM350.

Bonus raya untuk penjawat awam diterima pada 17 April 2023

Penjawat awam dan pesara akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 pada 17 April.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Zulkapli Mohamed, berkata RM700 dibayar kepada penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April, manakala RM350 kepada pesara.

“BKKA tahun ini turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Simpanan Pekerja, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, BKKA 2023 turut dibayar kepada pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 17 April dan dilantik sebelum 17 April 2023, termasuk guru interim.

Katanya, pesara dan veteran yang dilantik semula secara lantikan tetap, sementara serta “Contract of Service” dan masih berkhidmat pada 17 April layak dibayar RM700.

Pada 24 Feb lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan mengumumkan bantuan khas itu ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat. FMT

Bonus raya untuk penjawat awam diterima pada 17 April 2023

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tak rasa bersalah ke jadi penyondol?

Farid Kamil, jumpa di mahkamah – Syamsul

Ramadhan telah tiba, jangan lakukan 10 perkara ini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker