Bapa tembak mati bekas kekasih anak perempuan kaki pukul

Seorang bapa dari negeri Florida, Amerika Syarikat menembak mati bekas teman lelaki anak perempuannya selepas mangsa didakwa menyerang gadis tersebut di pangsapuri miliknya Sabtu lalu, lapor akhbar  New York Post semalam.

Polis bandar Gainesville bertindak balas terhadap satu insiden pergaduhan domestik di sebuah blok apartmen dan mendapati bekas teman lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu telah berada dalam unit kediaman wanita berkenaan.

Lelaki itu dilaporkan menyerang wanita berkenaan secara fizikal, kata satu kenyataan polis.

Bapa wanita tersebut kemudian datang ke apartmen itu, selain bekas teman lelakinya juga kembali ke kediaman berkenaan pada masa sama, kata polis.

Bagaimanapun, bapa wanita itu melepaskan satu das tembakan menggunakan pistol yang mengenai dada bekas teman lelakinya sebelum mangsa melarikan diri.

Pegawai polis kemudian mengejar mangsa sebelum mendapati dia berada dalam keadaan cedera parah berhampiran keretanya.

Mangsa disahkan mati oleh anggota-anggota Perkhidmatan Perubatan Kecemasan walaupun terdapat usaha memberikan bantuan pernafasan kepadanya, kata pihak berkuasa. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita Bossku belum tamat – Khairy

Syamsul dakwa Puteri Sarah curang dengan bekas kekasih

Adi Putra Digugurkan dari Mat Kilau 2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker