Masjid Ibnu Sina terbakar, jemaah tak sempat solat tarawih [VIDEO]

KUALA LUMPUR – Kariah Masjid Ibnu Sina di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, tidak sempat menunaikan solat sunat tarawih pertama malam ini, apabila hampir 90 peratus ruangan masjid itu musnah dalam kebakaran kira-kira jam 7 malam Rabu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.10 petang, sebelum tiba di tempat kejadian pada jam 7.17 malam.

“Sebanyak tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Hang Tuah dengan kekuatan 21 anggota, bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus,” katanya.

Jurucakap itu berkata, kebakaran dapat dikawal pada jam 7.27 malam dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 9.36 malam ini.

Semasa kejadian tiada jemaah masjid, manakala punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita Bossku belum tamat – Khairy

Syamsul dakwa Puteri Sarah curang dengan bekas kekasih

Adi Putra Digugurkan dari Mat Kilau 2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker