Khairul Dzaimee dilantik Ketua Pengarah BHEUU JPM

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud hari ini dilantik sebagai Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Perkara itu disahkan Khairul Dzaimee dalam sidang media pada Majlis Paluan Berundur Ketua Pengarah Imigresen pada Rabu yang menyifatkan pertukaran itu adalah pusingan kerja yang biasa.

“Bayangan pertukaran telah diberi dalam tempoh sebulan lalu kerana perkhidmatan saya sepanjang empat tahun adalah tempoh lama untuk seorang ketua pengarah di jabatan yang sensitif,” katanya.

Khairul Dzaimee, yang menyertai perkhidmatan awam pada Disember 1996, dilantik sebagai Ketua Pengarah Imigresen pada 14 Januari 2019. Beliau juga pernah memegang jawatan penting di beberapa kementerian antaranya Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri.

Jawatan Ketua Pengarah Imigresen pula akan disandang oleh Datuk Ruslin Jusoh, yang sebelum ini Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Mengenai tugas sebagai Ketua Pengarah BHEUU, Khairul Dzaimee berkata, ia merupakan satu bahagian yang penting kerana menguruskan beberapa isu perundangan negara termasuk tuntutan Sulu. – Bernama

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita Bossku belum tamat – Khairy

Syamsul dakwa Puteri Sarah curang dengan bekas kekasih

Adi Putra Digugurkan dari Mat Kilau 2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker