Zii Jia singkirkan juara baru All England di Terbuka Switzerland

JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mencipta kejutan awal apabila menumbangkan juara Seluruh England, Li Shi Feng dalam aksi pusingan pertama Terbuka Switzerland di Basel sebentar tadi.

Tampil selaku pilihan kedua kejohanan, Zii Jia yang mara sehingga peringkat separuh akhir Seluruh England di Birmingham Sabtu lalu, melakar kemenangan 18-21, 21-18, 23-21 ke atas lawannya dari China itu

Sejurus tumbang di tangan pemain China, Shi Yuqi dalam aksi separuh akhir Seluruh England, Zii Jia mengakui tahap keyakinannya semakin tinggi dalam memburu kejayaan.

Sebelum itu, Zii Jia yang juga pemain nombor empat dunia terkandas di pusingan awal dalam empat kejohanan disertainya tahun ini – Terbuka Malaysia, Terbuka India, Masters Indonesia dan Terbuka Jerman.

Untuk rekod, kali terakhir Zii Jia yang juga juara Seluruh England 2021 merangkul kejuaraan adalah pada Terbuka Thailand Mei tahun lalu.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita Bossku belum tamat – Khairy

Syamsul dakwa Puteri Sarah curang dengan bekas kekasih

Adi Putra Digugurkan dari Mat Kilau 2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker