Orang Islam di Johor boleh lawat rumah ibadat agama lain – Sultan Ibrahim


Orang Islam di Johor boleh lawat rumah ibadat agama lain – Sultan Ibrahim

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, orang Islam di negeri itu boleh melawat rumah ibadat agama lain selagi mereka tidak terbabit dalam sebarang upacara dan sembahyang.

“Ini adalah jelas dan saya percaya pada orang Islam kerana kepercayaan mereka kukuh dan tidak goyah. Saya tidak mahu terus memanjangkan isu ini. Tidak perlu lagi sebarang polemik isu ini,” titahnya dalam satu wawancara bersama The Star.

Sultan Ibrahim bertitah, tiada sebarang isu mengenai keharmonian agama di negeri itu kerana semua rakyat menerima konsep “Bangsa Johor” yang mempromosikan kepelbagaian bangsa dan agama serta toleransi, perpaduan dan persefahaman.



“Inilah yang dilakukan di Johor. Kami menghormati orang bukan Islam dan mereka juga menghormati orang Islam,” titahnya.

Semalam, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, melawat rumah ibadat agama lain bukan satu masalah di negeri itu kerana kebanyakan penduduknya termasuk beliau sendiri belajar di sekolah mubaligh.

Katanya, melawat gereja atau kuil tidak menyebabkan seseorang itu ‘kurang Islam’ dan ia juga tidak menyebabkan kepercayaan mereka berubah.

Karim mengulas kecaman terhadap Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, ekoran pembabitan kementerian dalam program “Jom Ziarah Gereja”.



Dalam perkembangan berasingan, Sultan Ibrahim bertitah, baginda dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bekerja dengan baik.

“Saya boleh kata (hubungan kerja) lebih baik berbanding mana-mana perdana menteri sebelum ini.

“Kami berbincang antara satu sama lain dan bertukar-tukar pendapat bagaimana kami boleh membangunkan negeri ini dengan lebih baik,” titahnya. FMT

Orang Islam di Johor boleh lawat rumah ibadat agama lain – Sultan Ibrahim



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita Bossku belum tamat – Khairy



Syamsul dakwa Puteri Sarah curang dengan bekas kekasih

Adi Putra Digugurkan dari Mat Kilau 2



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker