Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti – Aaron Aziz

Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti – Aaron Aziz

“Bila kau nak, kau datang jumpa aku cara baik tapi bila kau tak nak, kau buang aku macam sampah,” kata pelakon, Datuk Aaron Aziz, 47, yang ditujukan buat pengarah filem The Original Gangster, Syamsul Yusof, 39.

Aaron dalam satu hantaran video di Instagram, hari ini, mendedahkan mengenai punca dia digugurkan sebagai pelakon filem The Original Gangster.

Aaron berkata, tahun lalu Syamsul datang ke rumahnya sebanyak tiga kali untuk menawarkan dia berlakon dalam filem KL Gangster 3.

“Bagaimanapun, filem KL Gangster 3 tak jadi dan dia menawarkan saya untuk berlakon filem The Original Gangster,” katanya.

Aaron berkata, pada mulanya Syamsul memaklumkan dia tidak akan terbabit dengan banyak babak pertarungan, tetapi lebih banyak menggunakan pistol.

“Bagaimanapun, ketika sesi latihan, saya dimaklumkan akan terbabit dengan banyak babak pertarungan. Ia membabitkan dengan ramai pelakon lain termasuk bersama 20 orang. Akhirnya saya menjadi pelakon yang paling banyak terbabit dengan babak pertarungan berbanding pelakon lain.

“Pelakon lain cakap saya paling banyak (babak pertarungan) sebab saya pelakon utama,” katanya yang mendakwa Syamsul memang tahu dia mengalami masalah kesihatan membabitkan lehernya akibat slip disc.

Bercakap mengenai peningkatan berat badannya seperti didakwa Syamsul, Aaron berkata, dia juga sudah berusaha menurunkan berat badannya dari 98 kilogram (kg) kepada 90kg seperti dikehendaki Syamsul.

Katanya, Syamsul hanya beri tempoh lagi sebulan untuknya menurunkan berat badan sebelum penggambaran dimulakan.

“Saya juga sudah menjalani latihan dengan koreografer, Saiful selama empat jam sehari dan berjaya membakar 1,000 kalori setiap sesi,” katanya.

Menurut Aaron, Syamsul ada memberinya gambar dan dia mahu Aaron mendapatkan bentuk badan seperti dalam gambar itu.

Dia kemudian beritahu Syamsul, jika mahu bentuk badan seperti itu dia perlu mengambil suntikan.

“Syamsul kata pergi ambil (suntikan). Saya ikut seperti yang dimahukan walaupun ia (mengambil suntikan) bukanlah mudah,” katanya yang turut menunjukkan alat suntikan yang digunakan.

“Allah yang menjadi saksi semua itu, kau (Syamsul) jawablah di Padang Mahsyar nanti,” katanya.

Syamsul sebelum ini menjelaskan antara sebab Aaron digugurkan daripada berlakon filem terbaru arahannya itu ialah kerana dia mengalami masalah kesihatan selain kenaikan berat badan.

Dalam masa sama, Syamsul berkata, dia adalah orang terakhir yang mahu menggugurkan nama Aaron dalam filem itu. HM

Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti – Aaron Aziz

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tak rasa bersalah ke jadi penyondol?

Farid Kamil, jumpa di mahkamah – Syamsul

Ramadhan telah tiba, jangan lakukan 10 perkara ini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker