Aaron Aziz tua dan gemuk – Syamsul

Antara sebab dia digugurkan.

Aaron Aziz tua dan gemuk – Syamsul

Pengarah kontroversi, Syamsul Yusof mendedahkan faktor kesihatan antara alasan mengapa nama pelakon Aaron Aziz digugurkan daripada membintangi The Original Gangster.

Syamsul berkata, pengguguran Aaron daripada produksi dibuat selepas perbincangan secara menyeluruh bersama penerbit dan pelakon terlibat dalam filem genre aksi itu.

“Minta maaf, tapi saya perlu cakap benda betul dekat sini. Sayalah orang terakhir yang mahu gugurkan nama Aaron Aziz daripada filem ini. Sayalah orang pertama yang nak dia jadi hero filem saya.

“Saya dimaklumkan bahawa Aaron tak boleh (teruskan lakonan) kerana antaranya sudah tua, faktor fizikal seperti gemuk serta ada slipped disc (tulang belakang tidak selari).

“Tapi sayalah yang sentiasa meminta agar Aaron diberikan masa untuk kuruskan badan selain yakin, dia boleh menjayakan sesi latihan bersama pelakon lain dan sanggup melanjutkan sesi penggambaran kerana dia,” katanya.

Menurut Syamsul lagi, sebagai seorang sahabat, dia enggan aktor itu berdepan masalah kecederaan di set penggambaran.

“Saya takut apa-apa terjadi dengannya sewaktu penggambaran terutamanya babak-babak aksi kerana dia mengalami slipped disc.

“Jadi, sekiranya berlaku apa-apa, saya pula nanti yang akan dipersalahkan,” katanya pada satu sidang media khas di Kuala Lumpur semalam.

Minggu lalu, Aaron Aziz, 47, membuat pendedahan kepada pihak media bahawa namanya digugurkan daripada membintangi filem The Original Gangster.

Namun pelakon asal Singapura itu enggan mendedahkan mengapa namanya digugurkan atas alasan mahu menjaga aib.

Selain itu, dakwa Syamsul, 38, dia juga mendapatkan respons daripada beberapa pelakon gandingan Aaron untuk menentukan tahap kesihatan aktor itu sewaktu sesi latihan.

“Sebelum penggambaran, kita ada proses latihan. Saya kalau boleh tak nak cakap benda ni. Tapi mereka berkongsi video sewaktu sesi latihan itu dengan saya.

“Jadi, selepas berbincang, kami ambil keputusan untuk mengetepikan dia kerana masalah kesihatan ini tak boleh dibuat main,” katanya.

Syamsul berkata, dia sedia maklum bahawa Aaron sukar menerima keputusan tersebut, namun menitipkan pesan secara umum agar boleh diambil sebagai tauladan.

Katanya, mana-mana pelakon wajar percaya kepada rezeki Ilahi, dan buktikan kemampuan berlakon itu dengan bakat yang dikurniakan.

“Secara umum saya cakap, sebagai seorang selebriti, kalau rasa nama dah goyah atau jatuh, nombor satu kita kena percaya pada rezeki Allah.

“Lebih atau kurang, kita kena terima. Lepas itu, cubalah buktikan kemampuan kita, bukannya cuba naikkan nama dengan menunggang kisah orang lain” katanya. Mk

Aaron Aziz tua dan gemuk – Syamsul

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tak rasa bersalah ke jadi penyondol?

Farid Kamil, jumpa di mahkamah – Syamsul

Ramadhan telah tiba, jangan lakukan 10 perkara ini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker